Nasional

Gangguan bekalan air berjadual di Selangor, KL pada 13-16 Oktober

PENGURUSAN Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan mengenai pelaksanaan kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset-aset kritikal yang akan menyebabkan henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1).

Pelaksanaan kerja-kerja ini bakal menyebabkan gangguan bekalan air berjadual di 998 kawasan di Wilayah Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor bermula pukul 9 pagi, 13 Oktober 2021 dan dijangka akan pulih sepenuhnya pada pukul 9 malam, 16 Oktober 2021.

Pelaksanaan kerja-kerja ini telah tertangguh daripada jadual asal iaitu pada tahun 2019 dan 2020 berikutan insiden pencemaran air yang menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual berskala besar.

Pelaksanaan kerja-kerja ini telah mendapat kelulusan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bagi menaiktaraf sistem bekalan air demi keselesaan para pengguna pada masa hadapan.

Bekalan air akan mula disalurkan kepada para pengguna bermula jam 5:00 petang, 14 Oktober 2021 secara berperingkat-peringkat setelah kerja-kerja menaiktaraf dan penyenggaraan siap seterusnya sistem agihan bekalan air telah distabilkan.

Bekalan air dijangka akan pulih sepenuhnya pada pukul 9 malam, 16 Oktober 2021. Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan pada sistem agihan bekalan air.

Oleh yang demikian, Air Selangor akan menggerakkan sebanyak 105 lori tangki air ke kawasan-kawasan yang terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan upacara pengebumian.

Justeru, Air Selangor ingin menasihatkan para pelanggan yang terjejas untuk menyimpan bekalan air secukupnya
dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini.

Air Selangor juga akan menyediakan 18 Pili Air Awam mulai 14 hingga 16 Oktober 2021 untuk kemudahan pelanggan yang memerlukan bekalan air semasa tempoh pemulihan bekalan air.

Bagi pelanggan komersial pula, pembelian air menggunakan lori tangki air masing-masing akan dibuka di empat (4)stesen pengisian air setempat. Pelanggan komersial boleh membuat pembayaran untuk pembelian air tersebut di semua 10 Kaunter Khidmat Pelanggan Air Selangor.

Senarai lengkap kawasan-kawasan terjejas, Pili Air Awam dan Stesen Pengisian Air Setempat boleh didapati di laman pautan hentitugas.airselangor.com.

Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air berjadual ini dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300.

Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan di Help Centre di laman sesawang www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.

(Visited 402 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button