Politik

RUU Anti Lompat Parti Mampu Atasi Kisah Rakyat Benci Wakil Rakyat & Parti Politik

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu berpendapat masalah yang membelenggu rakyat selama ini untuk tidak mengundi boleh dikaitkan dengan ketiadaan RUU Anti Lompat Parti.

Selepas berlaku pelbagai kemelut dalam beberapa tahun ini, rakyat bukan sahaja benci kepada wakil rakyat, malah sesebuah parti politik itu turut menerima tamparan yang serupa.

“Jadi (kita) nak berhentikan ini; inilah Malaysia baharu. Keluarga Malaysia baharu yang nak dikemukakan ini.

“Jangan bimbang, imej Malaysia akan kembali pulih selepas ini. Rakyat akan kembali percaya kepada sistem demokrasi Malaysia,” kata Mohamad Sabu.

Mohamad Sabu berkata demikian dalam Mesyuarat Khas Parlimen bagi membentang dan membahaskan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022.


Tambah beliau, dalam isu lompat parti, yang perlu diberi perhatian adalah hak asasi pengundi dan bukannya menumpukan kepada hak asasi individu yang melompat.

“Saya diundi oleh 90,000 pengundi. Kalau saya lompat, itu hak asasi saya.

“Tapi 90,000 orang yang undi saya itu, saya nak letak mana hak mereka,” tegasnya.

 

(Visited 50 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button