Politik

Pengundi muda perlu serius demi masa depan negara

PERINGATAN untuk semua pengundi muda supaya bersikap lebih serius dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kerana daripada keputusan ini akan menentukan jatuh bangunnya negara pada masa depan.

Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pauh, Syed Atif Syed Abu Bakar berkata, parti yang kuat sebenarnya yang perlu dipilih oleh mereka untuk memimpin negara ini.

“Telah terbukti sekian lama sebuah parti sahaja yang telah mampu membangunkan negara dengan capaian rangkaian cukup kukuh sehingga ke akar umbi hanya ada pada BN,” katanya di pekan Pauh, Arau, Perlis.

Kata Ketua Pemuda Pemuda UMNO Bahagian Arau ini berkata, apa yang berlaku perubahan pada kali ini apabila pandangan masyarakat dan kepimpinan parti supaya diletakkan muka baharu di kalangan orang muda telah didengar.

Katanya, BN Pusat telah mendengar kehendak akar umbi apabila dilihat pada senarai calonnya.

Beliau berkata, kali ini 80 peratus adalah muka segar yang dipilih menjadi calon.

“Ini adalah tawaran awal kepada seluruh rakyat di bawah kerajaan BN yg bakal dibentuk lepas PRU, insyaAllah di mana ia lebih segar dengan idea dan tenaga baharu dengan perubahan lebih baik untuk negara,” katanya.

Syed Atif antara calon muka baharu yang diketengahkan dalam PRU15 dan bakal menentang tiga lawannya iaitu Khalid Ahmad (Warisan), Azhar Ameir (Pakatan Harapan) dan Megat Hasirat Hassan (Pakatan Nasional) – SM

(Visited 145 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button