fbpx
BeritaLuar Negara

Rusuhan di Kedutaan Besar AS di Iraq

AMERIKA SYARIKAT (AS) akan menghantar pasukan marin tambahan ke Iraq bagi mengawal keselamatan Kedutaan Besarnya di Baghdad susulan demonstrasi dan rusuhan berlaku di luar kompleksnya semalam.

Penunjuk perasaan dilapor membakar sebuah pos pengawal dan melempar batu kearah pasukan keselamatan.

Bagaimanapun kesemua kakitangan yang bertugas di kompleks Kedutaan sudahpun dibawa keluar sejak 31 September tahun lalu.

Namun, memetik laporan agensi Reuters, Presiden AS, Donald Trump dikatakan menuding jari kepada Teheran sebagai punca kepada rusuhan di kedutaannya.

“Iran mengatur serangan di kedutaan besar kami di Iraq selepas membunuh seorang kontraktor warga AS. Kami akan mengambil tindakan.


“Mereka (Iran) perlu bertanggungjawab. Kami juga berharap Iraq akan menggerakkan pasukan keselamatannya untuk melindungi Kedutaan Besar AS,” katanya. – Agensi

Show More

Mohamad Athir Ismail

Berpengalaman lapan tahun dalam bidang kewartawanan termasuk penerbitan majalah, surat khabar dan portal berita. Sebelum menyertai Suara Merdeka, beliau pernah berhidmat di pelbagai syarikat penerbitan. Berminat meneroka bidang kewartawanan untuk perniagaan.

Related Articles

Back to top button