Luar Negara

Rusuhan AS: Pasukan bersenjata dikerah

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengerah ribuan tentera dan polis lengkap bersenjata di jalan-jalan utama di Washington.

Beliau berkata demikian selepas berlaku aktiviti protes oleh penduduk di sana yang menyebabkan jenayah vandalisme berlaku berhampiran White House (Rumah Putih).

BACA > Netizen kongsi bagaimana Jepun ‘ajar’ pemandu mabuk — Suara Merdeka

“Apa yang berlaku di bandar raya malam tadi sangat mengaibkan.

“Saya mengarahkan ribuan polis dan tentera bersenjata termasuk penguatkuasa undang-undang menghentikan rusuhan, rampasan dan vandalisme,” katanya lapor portal Channel News Asia (CNA).

Menurut Trump, keadaan itu menyebabkan banyak kerosakan harta benda awam, keganasan serta kecurian.

Dalam pada itu, beliau juga menyelar tindakan rusuhan tersebut yang berlaku diseluruh negara akibat kematian George Floyd ketika ditahan polis.

“Saya mahu pihak melakukan keganasan ini sedar bahawa mereka akan berhadapan dengan hukuman penjara yang lama dan denda.

BACA > Kerajaan rapuh, serapuh keropok kentang — Suara Merdeka
BACA > Syarikat, pekerja perlu tingkat integriti — Suara Merdeka

“Kita tidak boleh benarkan suara pihak melakukan protes secara aman tenggelam oleh mereka merusuh dan mengganas,” ujarnya.

Menurut CNA, Trump dilaporkan berucap di luar gereja Episcopal St. John di Lafayette Park, Washington semalam.

Ketika itu, kedengaran beberapa suara teriakan perusuh, letupan bom tangan serta semburan gas pemedih mata tidak jauh dari situ.

Terdahulu, warga Amerika Syarikat berkulit hitam, George Floyd dipercayai meninggal dunia ketika berada dalam tahanan pihak polis.

Sebelum kematian, George dilaporkan merayu kepada polis kerana tidak boleh bernafas ketika seorang anggota Jabatan Polis Minneapolis, Derek Chauvin menekap lututnya di leher Floyd.

BACA > SPRM tahan 3 pegawai undang-undang P Pinang disyaki minta suapan RM500,000 — Suara Merdeka
BACA > Wajah mangsa perkauman Floyd diabadi pada tembok apartheid Israel — Suara Merdeka

Walau bagaimanapun, rayuan itu tidak diendahkan. Chauvin kemudian ditahan kerana kesalahan mencederakan dan membunuh. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button