Nasional

Netizen kongsi bagaimana Jepun ‘ajar’ pemandu mabuk

SEORANG pengguna Twitter, Dr. Fitri Yusof (@drfitriyusof) berkongsi bagaimana kerajaan Jepun ‘mengajar’ pemandu mabuk sama ada menyebabkan kemalangan ataupun tidak.

Isu pemandu mabuk tidak seharusnya dipandang enteng, sehingga mengambil masa terlalu lama untuk kerajaan menggubal undang-undang bagi menghukum mereka.

Sejak tahun lalu, berapa pengguna jalan raya yang tidak bersalah menjadi mangsa oleh pemandu mabuk yang pentingkan diri sendiri.

BACA > Pemandu mabuk: Kelulusan Kabinet terhadap pindaan Akta 333 bulan ini — Suara Merdeka

Lantaran itu, rakyat Malaysia mendesak kerajaan supaya mengenakan hukuman lebih berat kepada pemandu yang berada di bawah pengaruh alkohol.

Hukuman sedia ada kini dilihat tidak mampu menyelesaikan isu ini berikutan semakin hari kes kematian akibat menjadi mangsa pemandu mabuk bertambah.

Mengambil contoh bagaimana cara kerajaan Jepun ‘melayan’ pemandu mabuk, Fitri Yusof menjelaskan kesalahan berkenaan diletakkan di bawah dua kategori.

“Memandu di bawah pengaruh alkohol atau ‘driving under influence’ (DUI), jika pemeriksaan alkohol menunjukkan 0.15 miligram (mg) bagi seliter nafas, mereka boleh dikenakan penjara tiga tahun dan denda 500,000 Yen (RM20,000).

“Memandu ketika mabuk pula atau ‘driving while intoxicated’ (DWI), pemandu boleh dipenjara lima tahun dan denda 1 juta Yen (RM40,000).

“Jika memandu ketika DUI dan DWI yang mengakibatkan kemalangan lebih keras. Jika akibatkan kecederaan penjara 15 tahun dan kematian pula 20 tahun,” ciapnya dalam Twitter.

 

Berbanding Malaysia, menerusi Akta Pengangkutan Jalan 1987, di bawah Seksyen 44, pemandu yang memandu dibawah pengaruh alkohol atau dadah cuma di penjara minimum tiga tahun dan maksimum pula 10 tahun.

Denda pula sehingga RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

BACA > Perlis tambah jemaah solat Jumaat dan lima waktu, Selangor tangguh hingga 30 Jun — Suara Merdeka
BACA > Golongan muda diseru sertai Askar Wataniah – Raja Muda Perlis — Suara Merdeka

Takrifan di bawah pengaruh alkohol pula 80mg alkohol dalam 100 mililiter (ml) darah.

Dalam pada itu, netizen yang membalas ciapan Fitri Yusof turut berkongsi kaedah pelaksanaan dan pencegahan bagi menghalan pemandu mabuk daripada memandu.

Menurut Syafa Azwan (@yafaazwan) pencegahan kesalahan memandu ketika mabuk itu bukan sahaja dilakukan kerajaan semata-mata.

Bahkan, turut mendapat kerjasama daripada pengusaha-pengusaha kedai dan restoran yang menyediakan hidangan minuman keras kepada pelanggan mereka.

“Sempat menjalani latihan selama tiga bulan di Jepun. Ya, sangat ketat kalau hendak mabuk. Mereka akan isi borang jika mahu mabuk ataupun tidak malam itu.

“Mereka perlu maklum penggunaan pengangkutan untuk pulang. Guna pengangkutan awam, jalan kaki atau isteri ambil. Ataupun ada seorang yang tidak mabuk akan memandu,” katanya.

 

BACA > Kerajaan rapuh, serapuh keropok kentang — Suara Merdeka
BACA > Salah guna kuasa akan didakwa bila PH kembali berkuasa — Suara Merdeka

Justeru, diharapkan kerajaan Malaysia dapat mengambil pendekatan seperti dilaksanakan oleh Jepun dalam berhadapan dengan sikap penggemar minuman keras yang ingin memandu ketika mabuk. – SM

(Visited 596 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button