Nasional

Syarikat, pekerja perlu tingkat integriti

SELARAS dengan pelaksanaan pindaan Seksyen 17A Akta Suruhanhaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, syarikat dan pekerja digesa meningkatkan integriti.

Pindaan yang dibuat pada 2018 itu juga dikenali sebagai liabliti korporat berhasrat menggalakkan perniagaan ditadbir urus secara telus tanpa rasuah.

BACA > Salah guna kuasa akan didakwa bila PH kembali berkuasa — Suara Merdeka

SPRM dalam kenyataannya memberitahu, sekiranya berlaku amalan jenayah rasuah yang dilakukan oleh pekerja, syarikat ataupun majikan boleh disifatkan sebagai bersalah.

“Secara asasnya, menerusi Seksyen 17A, organisasi komersial juga mempunyai liabiliti dan boleh dihukum sekiranya pekerja atau pihak bersekutunya terlibat dengan jenayah rasuah.

“Sama ada pihak pengurusan atasannya atau wakilnya tahu tentang kelakuan rasuah yang dilakukan oleh pekerja atau pihak bersekutunya,” katanya semalam.

BACA > Netizen kongsi bagaimana Jepun ‘ajar’ pemandu mabuk — Suara Merdeka

Tambah kenyataan itu, sekiranya didapati bersalah, syarikat terbabit boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang 10 kali ganda nilai suapan atau RM1 juta, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

“Syarikat juga boleh dipenjara 20 tahun atau kedua-duanya sekali.

“Bagaimanapun organisasi komersial boleh membela diri jika dapat menunjukkan bahawa organisasi tersebut mempunyai ‘tatacara mencukupi’ bagi mencegah rasuah,” jelasnya.

BACA > Memandu mabuk: Peraih ikan didakwa membunuh, tiada jaminan — Suara Merdeka

Walau bagaimanapun, menurut SPRM, pindaan tersebut bertujuan mempromosi amalan tadbir urus baik dalam organisasi dan bukan bertujuan menghukum semata-mata. – SM

(Visited 411 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button