Nasionalpilihan

RM131 juta baiki paip usang di Melaka

Sebanyak RM131 juta kos diperuntukkan Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) bagi kerja-kerja penggantian paip usang di seluruh negeri ini dalam tempoh lima tahun bermula 2024 hingga 2029.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, kos bagi perancangan jangka panjang itu melibatkan penggantian paip sepanjang 443 kilometer (km) di seluruh Melaka.

“SAMB juga akan melakukan penyelenggaraan secara berkala di kawasan-kawasan terlibat bagi perancangan jangka pendek.

“Ini dilakukan untuk memastikan masalah paip bocor dan pecah yang sering berlaku akan terus dapat dikurangkan dari tahun ke tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Rosli Abdullah (BN-Kuala Linggi) berhubung penggantian paip di Kuala Linggi pada hari terakhir Persidangan Kedua, Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-15, di Ayer Keroh, di sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Limau, berkata, sepanjang 1,169km daripada jumlah keseluruhan paip di negeri ini iaitu 5,605km merupakan paip usang jenis asbestos yang berusia lebih 40 tahun.

“Bagi penggantian keseluruhan paip, ia memerlukan perbelanjaan besar iaitu mencecah RM700 juta,” katanya lagi. – SM

(Visited 84 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button