Nasional

Survei Malaysiakini buktikan pembacanya ramai penyokong DAP, pembenci Bersatu

PEGUAM Haniff Khatri Abdulla berkata, survei yang dilakukan oleh portal berita Malaysiakini baru-baru ini berhubung pilihan Kabinet hanya membuktikan pembaca portal itu majoriti adalah penyokong DAP dan pembenci Bersatu.

Kata Haniff, survei yang sebenar-benarnya sah dan adil adalah yang bercorak awam dan bukan mengkhusus kepada kelompok masyarakat tertentu sahaja.

Sekiranya tidak, masakan kedudukan para menteri dari DAP dan Bersatu ditunjukkan sebagai :

(a) MENTERI DAP :

(I) Anthony Loke –  (1).
(ii) Gobind Singh Deo – (2),
(iii) Yeo Bee Yin –  (3),
(iv) Lim Guan Eng –  (5),
(v) Teresa Kok – (11)
(vi) M Kulasegaran –  (14).

(b) MENTERI BERSATU :

(i) Muhyiddin Yassin –  (17),
(ii) Dr Mahathir Mohamad –  (19),
(iii) Rina Harun –  (22),
(iv) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman –  (25)
(v) Maszlee Malik –  (27)
(vi) Redzuan Yusof – (28).

“Kedudukan khusus setiap menteri dari DAP dan Bersatu bila disenaraikan di atas menunjukkan dengan jelas bahawa survei itu kononnya meletakkan menteri tercorot dari DAP di tempat14 iaitu M Kulasegaran, namun tetap masih mengatasi menteri teratas Bersatu iaitu Muhyidin di tempat ke-17.

“Bukankah sudah terang lagi bersuluh bahawa para pembaca dan penyokong Malaysiakini mempunyai konsep “Pride and Prejudice” walaupun di dalam Pakatan Harapan sendiri, iaitu Pride terhadap DAP dan prejudice terhadap Bersatu,” soal beliau.

Tambahan, kata Haniff,  seperti yang diakui oleh laporan portal itu bahawa sebanyak 5,197 undian sah diguna pakai untuk tinjauan ini. Ia dijalankan dari 19 hingga 26 Disember iaitu cuma lebih sedikit dari 5,000 undian dalam tempoh cuma tujuh hari diambil kira, untuk memberikan jadual menjadikan ia berat sebelah, juga salah maklumat kepada masyarakat.

“Malangnya, boleh dikatakan bahawa nasi sudah menjadi bubur apabila survei Malaysiakini telah berjaya memperolehi mangsa yang pertama iaitu Menteri Pendidikan, Maszlee Malik yang ditempat kedua tercorot yang mengumumkan memulangkan jawatan menteri kembali kepada Perdana Menteri,” katanya.

(Visited 109 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button