Ekonomi

Ringgit dibuka rendah berbanding Dolar AS

RINGGIT dibuka rendah berbanding Dolar AS pada pagi ini apabila Dolar AS terus mengukuh berikutan pengumuman terbaru Bank of Japan (BOJ) untuk membeli Bon Kerajaan Jepun (JGB) 10 tahun dari 29 hingga 31 Mac.

Pada jam 9.00 pagi, mata wang tempatan didagangkan pada 4.2200/2245 berbanding Dolar AS daripada 4.2155/2175 pada penutup Isnin.

Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pengumuman itu telah menyebabkan Yen Jepun jatuh kepada 123.75 untuk setiap Dolar AS daripada julat 113 hingga 114 yang direkodkan pada awal Mac lalu.

“Berikutan itu, Indeks Dolar AS (DXY) meningkat 0.31 peratus kepada 99.091 mata,” katanya kepada agensi berita Bernama.

Pada masa sama, beliau berkata konflik geopolitik akan terus menjadi punca ketidakstabilan pasaran kewangan.

“Rundingan antara pegawai Ukraine dan Rusia juga akan dimulakan minggu ini dengan harapan beberapa kemungkinan resolusi antara kedua-dua negara boleh dicapai dalam tempoh terdekat,” katanya.

Afzanizam berkata pelabur minggu ini akan memberi tumpuan kepada kadar Gaji Bukan Ladang dan Pengangguran AS, serta mesyuarat Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC).

Beliau berkata dengan jelas, pemulihan ekonomi global tidak sekata dengan kelajuan pengeluaran sokongan monetari berbeza-beza.

Justeru, beliau berkata prestasi Ringgit berbanding Dolar AS berkemungkinan kekal lemah, mungkin di sekitar julat semasa.

Pada pembukaan, Ringgit Malaysia diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama, kecuali dengan Yen Jepun.

Unit tempatan meningkat berbanding Pound Britain kepada 5.5202/5261 daripada 5.5362/5388 pada Isnin dan meningkat berbanding Euro kepada 4.6310/6360 daripada 4.6316/6338.

Ringgit meningkat sedikit berbanding Dolar Singapura pada 3.0995/1033 daripada 3.0996/1016 sebelumnya, tetapi jatuh berbanding Yen Jepun kepada 3.3991/4033 daripada 3.3982/4001. – SM

(Visited 154 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button