Kemalangan

Remaja maut tercampak 15 meter

Wartawan Suara Merdeka

MELAKA 14 Mei – Seorang remaja maut selepas motosikal yang dinaikinya bertembung dengan sebuah kereta dari
arah bertentangan dalam kejadian yang berlaku di Jalan Kampung Tengah, Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah
petang semalam.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supretendan Arshad Abu berkata, mangsa dikenali sebagai Nurul Shafeena
Mohd. Hasmawi, 15, beralamat di Batu 22 1/4 Kampung Chinchin, Jasin, Melaka meninggal dunia di tempat
kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Menurutnya, mangsa yang membonceng motosikal ditunggang rakannya, Nurul Atiqah Musa, 15, beralamat di
Taman Kuala Permai, Kuala Sungai Baru dekat sini datang dari arah pekan Kuala Sungai Baru menghala ke
Kuala Linggi.

Keadaan motosikal yang dinaiki dua remaja remuk apabila berlanggar dengan sebuah kereta.

Beliau berkata, kemalangan berlaku apabila kereta jenis Toyota Corolla berwarna hijau keluar dari simpang
dan motosikal dinaiki dua remaja terbabit telah melanggar bahagian hadapan kenderaan tersebut.


“Akibat kemalangan itu menyebabkan Nurul Shafeena tercampak sejauh 15 meter dan meninggal dunia di tempat
kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

“Manakala rakan mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC itu pula mengalami kecederaan pada
bahagian kaki telah dibawa untuk mendapat rawatan di Hospital Melaka dan keadaannya dilaporkan stabil,”
ujarnya.

Arshad berkata, kedua-dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rahmat, Kuala Sungai Baru dipercayai
dalam perjalanan untuk berhari raya.

Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

(Visited 28 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button