Kemalangan

Operator kilang maut digilis lori

Seorang operator kilang maut selepas digilis dan diseret sebuah lori dalam kemalangan di Kilometer 183 Lebuh Raya PLUS (arah utara) di Jasin, Melaka malam tadi.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 7.00 malam itu, mangsa, Muhammad Nur Aliffi Mulyani, 27, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Menurutnya, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y16ZR telah merempuh belakang sebuah lori jenis Hino yang rosak di lorong sebelah kiri.

“Akibat rempuhan itu mangsa tercampak ke tengah jalan sebelum sebuah lori jenis Daihatsu yang lalu tidak sempat membrek sebelum melanggar dan menyeret sejauh lima meter.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan dan mayat telah dihantar ke Hospital Jasin untuk bedah siasat,” ujarnya di sini hari ini.

Menurutnya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – SM

PENTING

1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;

2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

(Visited 209 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button