NasionalNegeriPendidikan

25 pelajar Indonesia tamat latihan industri di KUIPs

SEBANYAK 25 pelajar Mobiliti dari Indonesia telah berjaya menamatkan latihan Industri di Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs).

Ia melibatkan pelajar dari Institut Agama Islam Diniyyah, Pekanbaru, Institut Sains Al-Quran Syekh Ibrahim dan Sekolah Tinggi Agama Habbulwathan Duri pula dari Riau.

Abdul Basir bergambar dengan pelajar Indonesia yang menerima sijil masing-masing setelah tamat latihan industri di KUIPs. – Gambar Ihsan KUIPs

Timbalan Rektor Akademik KUIPs, Prof. Madya Dr. Abdul Basir Awang @ Mohd Ramli
menyempurnakan majlis penutupan dan penyampaian sijil.

Terdahulu dalam ucapannya beliau mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang berjaya menjalani latihan industri disini.

“Pastinya pengalaman manis sepanjang 14 hari di kampus ini akan mengamit mereka atau rakan-rakan untuk menyambung pengajian di sini nanti,” ujar beliau lagi.

Abdul Basir memberikan sijil kepada salah seorang pelajar Indonesia setelah tamat latihan industri di KUIPs. – Gambar Ihsan KUIPs

Sepanjang disini mereka berpeluang untuk menjalani latihan di Jabatan Hal Ehwal Akademik, Pusat Islam, Fakulti Pengajian Islam, Fakulti Muamalah dan Kewangan Islam, Fakulti Quran dan Sunnah, Fakulti Perniagaan dan Sains Pengurusan, Pusat Pengajian Siswazah, Pusat Pengajian Asasi, dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni.

Ahad lalu, para pelajar berkenaan juga berpeluang hadir pada Majlis Cerapan Rukyah Hilal Ramadan 1445 Hijriah di Menara Pandang, Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis yang disempurnakan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Canselor KUIPs. – SM

BACA MoU antara UPSI – Vfive Sdn. Bhd. beri manfaat pelajar jalani latihan industri

(Visited 178 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button