Ekonomi

Rusli Jaafar Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memperkenan melantik Rusli Jaafar sebagai Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang baharu berkuatkuasa 1 Jun 2023 hingga 31 Mei 2025.

Pelantikan ini adalah selaras dengan Seksyen 11(3)(a) Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007 (Akta 665).

Rusli telah berkhidmat di SKM selama 30 tahun bermula di Jabatan Pembangunan Koperasi lagi. Sepanjang  tempoh tersebut beliau memegang jawatan sebagai pengarah di beberapa Bahagian Ibu Pejabat dan Negeri sehinggalah di peringkat Pengurusan Tertinggi SKM.

Penyampaian watikah pelantikan telah disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick. – SM

(Visited 269 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button