Ekonomi

Kerajaan pinggirkan syarikat tempatan dalam projek solar skala besar

KERAJAAN melalui Suruhanjaya Tenaga (ST) telah menafikan keupayaan syarikat-syarikat pengendali tenaga solar tempatAN apabila menganugerahkan kontrak tenaga fotovolta Solar Skala Besar (LSS) kepada firma luar negara.

Daripada lima syarikat yang berjaya dalam bidaan yang dikelolakan oleh Suruhanjaya Tenaga pada suku pertama tahun lalu untuk pembangunan, antara lain projek LSS sambungan pemancaran  hanya lima syarikat yang berjaya.

Empat daripadanya adalah syarikat luar negara iaitu firma yang berpangkalan di Jerman, Ib Vogt GmbH,  Engie Energie Services SA dari Perancis, Solapac dari Sepanyol dan Hanwa dari Korea Selatan.

Satu-satunya syarikat tempatan yang mendapat projek berskala besar itu ialah Coara Solar Sdn. Bhd.

Dalam menganugerahkan tender itu ST didakwa terikut-ikut dengan permainan pemian industri dari luar hingga menyebabkan persaingan yang berat sebelah antara mereka dengan syarikat tempatan.

Ini termasuk ST tidak tegas dengan kajian harga mereka walapun untuk bidaan tersebut harga permulaan yang disebut oleh adalah RM0.34/kWh.

Sepatutnya apabila harga yang ditetapkan itu diserangkan oleh pemain antarabangsa, ST sepatutnya menggunakan kaedah cut off iaitu penggunaan harga median atau mean value dalam menentukan harga patut bagi tender itu.

Teknik penetuan harga tender secara cut off ini telah digunakan secara meluas oleh JKR dan agensi kerajaan yang lain.

Hasilnya memuaskan hati semua pihak serta memberikan keputusan menang menang kepada semua pemegang taruh.

Semalam Tenaga Nasional Bhd (TNB) mengumumkan telah memeterai perjanjian pembelian tenaga fotovolta Solar Skala Besar (LSS) dengan dua syarikat tujuan khas yang ditubuhkan oleh pembida berjaya di dalam proses persaingan bida bagi projek Fasa 3 LSS.

Dalam laporannya kepada Bursa Malaysia, TNB berkata, ia telah memeterai satu perjanjian dengan Coara Solar Sdn Bhd dan firma berpangkalan di Jerman, ib vogt GmbH untuk mengendalikan satu projek di Marang, Terengganu.

Perjanjian kedua pula ialah dengan TTL Energy Sdn Bhd dan firma berpangkalan di Perancis, ENGIE Energie Services SA untuk projek di Kerian, Perak.

Kedua-dua projek tersebut dijadual memulakan operasi komersial, masing-masingnya pada 15 November 2021 dan 31 Disember 2021.

Proses bidaan itu dikelola oleh Suruhanjaya Tenaga pada suku pertama 2019 untuk pembangunan, antaranya projek LSS sambungan pemancaran.

Menurut sumber industri, ST sepatutnya mengambil kira kekangan yang dihadapi oleh pengendali industri solar tempatan akaibat daripada peraturan yang ditetapkan oleh suruhanjaya itu sendiri.

Ini termasuk syarikat luar boleh membeli panel solar secara pukal yang mendapat harga 40 peratus lebih murah daripada apa yang boleh dilakukan oleh pemain tempatan.

Selain itu, syarikat-syarikat luar juga mendapat kadar yang lebih rendah dari pusat kewangan antarabangsa di Eropah iaitu hanya satu peratus.

Sedangkan syarikat tempatan terpaksa menanggung faedah setinggi lapan peratus.

Pada pandangan pemain tempatan, harga yang ditawarkan oleh syarikat luar negara itu terlalu rendah dan mereka tidak mungkin dapat membina ladang solar yang berkualiti.

Mereka juga gagal mengambilkira perbezaan yang banyak antara pembinaan ladang solar di Malaysia dan di luar negara.

Di Malaysia, menurut sumber berkenaan, seseorang pemaju ladang solar perlu mematuhi syarat-syarat kebenaran merancang yang di kawal oleh pihak berkuasa tempatan.

Selain itu, pentadbir tanah juga mempunyai syarat syarat yang ketat dan kos tidak ketara yang tinggi.

Pelabur luar katanya, tidak akan peduli syarat-syarat tempatan dan akan langgar untuj meneruskan pembinaan asalkan mereka dapat jana tenaga.

Selepas itu mereka akan berusaha menjual projek itu kepada pihak ketiga dalam masa terdekat yang mana ini akan merugikan pemain industri solar tempatan malah merugikan kerajaan.

Tindakan ini jika berlaku akan menyebabkan rakyat hilang peluang pekerja selepas mereka menjual pegangan kepada pihak ke tiga. – SM

 

(Visited 496 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button