Nasional

Rampas jam ‘tema LGBTQ’, Swatch Malaysia saman Kerajaan

SWATCH Malaysia menfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mencabar tindakan kerajaan merampas 172 jam tangan termasuk siri “Pride Collection” jenama itu pada Mei lalu.

Rampasan dibuat oleh pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN) di beberapa kedai Swatch kerana jam tangan terbabit dikatakan mempunyai unsur lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Dalam permohonannya untuk memulakan semakan kehakiman, syarikat itu mendakwa rampasan berkenaan tidak sah kerana aksesori berkenaan bukan ditakrifkan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA) 1984.

“Jam tangan tersebut belum ditakrifkan sebagai penerbitan yang dilarang. Oleh itu pegawai tidak mempunyai kuasa untuk memasuki cawangan pemohon (Swatch Malaysia) untuk merampasnya,” katanya.

Swatch Malaysia berkata, beberapa model antara 172 jam tangan yang dirampas telah dijual di Malaysia selama lebih setahun dan tiada notis aduan atau aduan mengenainya.

Syarikat itu berkata, peguamnya pada bulan lalu juga telah memohon KDN memulangkan jam dirampas namun sehingga kini agensi itu belum berbuat demikian.

Menurut notis itu, pemohon juga menyifatkan tindakan itu bermotifkan politik memadangkan Pilihan Raya Negeri (PRN) bakal diadakan tidak lama lagi.

Susulan itu, Swatch menuntut jam tangan itu dikembalikan semula dan ganti rugi yang dianggarkan RM64,795.

Hakim Amarjeet Singh akan mendengar permohonan semakan kehakiman itu pada 20 Julai. – SM

BACA Swatch terkejut, kecewa jam corak pelangi dirampas KDN

BACA Wajarkah KDN rampas jam pelangi Swatch?

 

(Visited 198 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button