Hiburan

Ramai doa nak tengok saya keluar, kata Aishah selepas terkeluar dari All Star Gegar Vaganza

TERIMA realiti tersingkir daripada All Star Gegar Vaganza (ASGV) pada minggu keempat iaitu malam tadi, bagaimanapun Datuk Aishah berkata, ramai yang berdoa mahu melihat dia terkeluar.

Menyanyikan lagu Terlanjur Cinta duet dengan Vince, persembahan mereka gagal menambat hati juri untuk kekal ke minggu seterusnya.
“Saya rasa ramai juga doa orang di luar sana dah makbul, tengok saya keluar tapi anyway terima kasih kepada semua.
“Saya happy esok boleh tidur. Terima kasih semua,” katanya.
All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse. – SM
(Visited 127 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button