MahkamahNasional

Permohonan tangguh kes AMLA, elak cukai Rosmah ditolak

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan pihak pendakwaan untuk menangguhkan perbicaraan hari pertama kes 17 tuduhan pengubahan wang haram RM7.1 juta dan pengelakan cukai yang membabitkan isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor.

Hakim K Muniandy memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib berkata, pihak pendakwaan memerlukan lebih masa untuk memutuskan representasi yang dihantar isteri bekas Perdana Menteri itu kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) pada Jumaat lalu.

“Kes berkenaan telah tertangguh sejak 2018. Mahkamah sebelum ini menetapkan Khamis untuk prosiding itu bermula, malah tertuduh juga hadir pada hari ini, Jadi kes itu perlu diteruskan,” kata Hakim Muniandy.

Semasa prosiding, Ahmad Akram berkata, AGC memerlukan masa antara dua sehingga tiga bulan untuk meneliti representasi kedua yang difailkan oleh Rosmah.

Menurut Ahmad Akram, tertuduh telah memfailkan representasi pertama bertarikh 3 Mei manakala kedua, pada 18 Ogos lalu.

Katanya, pendakwaan memerlukan masa yang lebih panjang memandangkan terdapat beberapa nama lain telah dibangkitkan.

“Disebabkan perkara itu, pihak pendakwaan perlu mencari penama berkenaan dan sebilangannya berada di luar negara.

“Kami memohon supaya perbicaraan yang ditetapkan bermula hari ini dan beberapa tarikh lain, ditangguhkan,” katanya. – SUMBER SINAR HARIAN – SM

BACA Bayangkan kalau Rosmah yang buat begini

BACA Global Royalty Trading SAL mohon kes saman Rosmah diputus tanpa bicara

(Visited 31 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button