NegeriSukan

Raja Puan Muda rasmi Penutup Hari Sukan Golongan OKU

RAJA Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan mencemar duli berangkat merasmikan majlis penutupan Hari Sukan Golongan Kelainan Upaya (OKU) Peringkat Perlis di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail di Persiaran Tuanku Syed Putra, Kangar hari ini.

Baginda juga berkenan berjalan kaki bersama-sama dengan Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan yang menggunakan tongkat putih di pekarangan Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail.

Demostrasi cara berjalan dengan OKU Penglihatan dilakukan di pekarangan Masjid Syed Putra Jamalullail.

Hari Sukan Golongan OKU Peringkat Perlis ini dianjurkan oleh Rumah Lavender dan Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullaill dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) dan Hidayah Foundation Centre (HFC) Perlis.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Amal dan Kebajikan Rumah Lavender (Rumah Lavender), Tuan Marja Tuan Mat berkata, sebanyak 38 OKU Penglihatan Rumah Lavender yang terlibat dalam program ini.

“Jumble sale” juga diadakan pada Hari Sukan Golongan OKU di Masjid Syed Putra Jamalullail.

“Kita juga diadakan demontrasi berjalan bersama OKU Penglihatan dengan orang biasa yang menutup mata bagi merasai pengalaman yang dilalui oleh golongan ini,” katanya.

Selain itu, katanya, antara aktiviti lain termasuk diadakan Sukaneka OKU dan Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak.

Juga diadakan “Jumble Sale” untuk kutipan dana Rumah Lavender. – SM

BACA Wanita palsukan dokumen tender bekalan makanan asrama, didakwa

BACA Azlan Man didakwa palsukan dokumen bernilai RM1.185 juta

(Visited 127 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button