fbpx
BeritaNasional

Raja Permaisuri Agong tegur insiden salah bendera

Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut menzahirkan rasa kesal terhadap insiden Jalur Gemilang dengan bintang berbucu lima yang tular dalam media sosial hari ini.

Menerusi ciapan dalam akaun Twitter baginda, titah baginda, Jalur Gemilang merupakan simbol kedaulatan negara dan tidak boleh dipermainkan.

“Tiada siapa yang berhak untuk mengubah bendera tanpa persetujuan Duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu sebelum dibawa ke Parlimen,” titah Tunku Azizah menerusi ciapan akaun Twitter baginda hari ini.

Sejak semalam, tular video Jalur Gemilang dengan bintang berbucu lima yang ditayangkan pada skrin semasa majlis perasmian satu kejohanan bola keranjang.

Ekoran itu, penganjur kejohanan, Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) mengakui kesilapan yang terdapat pada Jalur Gemilang yang ditayangkan pada skrin dan memohon maaf di atas kejadian tersebut.


Dalam pada itu Mufti Perlis Prof. Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin berkata, penghinaan terhadap bendera negara oleh pihak yang diberikan kerakyatan merupakan satu perbuatan yang sangat melampau yang mesti diambil tindakan.

“Rakyat akan melihat sejauh mana ketegasan kerajaan terhadap golongan yang diberi peluang hidup dalam negara ini tapi menghina negara.

“Jika mereka terlepas, ia menunjukkan sama ada kerajaan tidak serius dalam isu sebegini atau kerajaan boleh dipersendakan.

“Kedua-duanya buruk untuk masa depan sebuah kerajaan yang ingin menguruskan negara secara berdaulat.

“Kita meminta ketegasan kerajaan hari ini untuk bertindak dalam kes ini,” katanya.

(Visited 3 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button