Nasional

PM luluskan kerja naik taraf RM15 juta untuk jeti Langkawi

MENTERI Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor hari ini mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana meluluskan peruntukan RM15 juta bagi kerja-kerja menaik taraf dua jeti di pulau Langkawi.

Peruntukan itu adalah untuk kerja-kerja menaik taraf terminal Jeti Kuah dan Jeti Pulau Tuba di pulau peranginan itu.

“Kerajaan negeri Kedah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga menteri Kewangan atas kelulusan peruntukan RM15 juta bagi membiayai naik taraf kemudahan di Jeti Kuah dan Jeti Pulau Tuba di Langkawi.

“Peruntukan itu diterima Lembaga Kemajuan Langkawi (Lada) pada Disember tahun lalu.

“Kerajaan negeri akan memastikan kerja-kerja menaik taraf kedua-dua jeti itu akan dijalankan secepat mungkin bagi menarik lebih ramai pengunjung domestik dan antarabangsa ke Langkawi,” kata Sanusi dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, peruntukan itu amat diperlukan untuk memulihkan ekonomi pulau bebas cukai itu yang terjejas teruk semasa pandemik Covid-19 dari 2020 hingga 2021.

“Ia juga amat bermakna bagi penduduk Langkawi yang kerap berulang alik ke tanah besar untuk pelbagai tujuan.

“Ihsan ini diharap dapat diperluaskan kepada semua urusan lain bagi mengeratkan lagi hubungan antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan dalam semangat federalisme yang sebenar,” katanya. -SM

(Visited 264 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button