Berita

Raja Muda Perlis saran umat Islam berzakat, wakaf sempena akhir tahun 2019

UMAT Islam disarankan agar menggunakan kesempatan sempena di penghujung tahun 2019 ini untuk menunaikan ibadah berzakat dan berwakaf.

Seperti pada setiap tahun, Majlis Agama Islam dan Adar Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menggunakan kesempatan pada akhir tahun untuk mempromosikan ibadah berzakat dan berwakaf melalui Kempen “Nihayatul-am”.

Demikian titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Yang DiPertua MAIPs yang turut mengingatkan bahawa kempen berkenaan adalah salah satu seruan galakan kepada masyarakat untuk menggunakan kesempatan di akhir tahun bagi menyempurnakan ibadah berzakat dan berwakaf.

Selain daripada itu, tambah baginda lagi, umat Islam juga boleh memberikan sumbangan wakaf dan menyucikan harta tidak patuh syariah kepada Tabung Baraatuz Zimmah (t-BAZ) yang diuruskan MAIPs.

“Sumbangan ini diharapkan dapat membantu warga asnaf selain menjayakan pelbagai inisiatif MAIPs khususnya bagi pembinaan ‘Bangunan Wakaf MAIPs Perkhidmatan Dialisis di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar yang mana maklumat lanjut, boleh diperolehi melalui web www.maips.gov.my.” titah baginda dalam siaran media MAIPs di Kuala Lumpur hari ini.

Dalam perkembangan lain, Tuanku Syed Faizuddin Putra yang kini berada di United Kingdom diiringi anakanda-anakanda, Puteri Sharifah Farah Adriana dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail pada malam semalam berkenan berangkat menyaksikan perlawanan bola sepak Liga Perdana England di Stadium Old Trafford Manchester di mana Manchester United membelasah Newcastle United dengan empat gol berbalas satu. Gol-gol dijaringkan oleh Anthony Martial (2 gol), Mason Greenwood setta Marcus Rashford masing-masing satu gol. Matty Longstaff menjaringkan satu-satunya gol untuk Newcastle United.

(Visited 110 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button