Berita

SMKBSB dampingi masyarakat untuk kutip dana bantu pelajar

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Bandar Sungai Buaya menganjurkan Majlis Makan Malam Amal Serumpun Kasih dan Forum bagi menambah dana tabung PIBG di padang sekolah berkenaan pada 28 Disember lalu.

Usaha menambah dana tabung ini antara lain bertujuan untuk mentransformasi prasarana sekolah setaraf ALAF 21, meningkatkan kebajikan anak yatim dan asnaf sekolah serta menganjurkan program kurikulum, kokurikulum dan Hal Ehwal Murid bagi menjana modal insan seimbang dan cemerlang

“Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penyumbang yang terdiri daripada agensi kerajaan, swasta, pemimpin masyarakat, warga pendidik, alumni SMKBSB dan masyarakat setempat yang membantu meningkatkan dana PIBG, di samping memeriahkan Majlis Makan Malam Amal”,ujar Alimah Abu Noh, Pengetua, SMK Bandar Sungai Buaya.

“Hal ini amat bertepatan dengan usaha serampang dua mata sekolah iaitu untuk mewujudkan program yang mendekatkan diri masyarakat dengan sekolah, selain melahirkan murid yang berketrampilan dan berminda Revolusi 4.0 menerusi peningkatan prasarana yang disumbangkan oleh masyarakat setempat di sini”, tambah beliau lagi.

Sementara itu, Yang Dipertua PIBG sekolah berkenaan, Dato’ Haji Ruslee Haji Hashim berkata inisiatif ini dilaksanakan pada penghujung tahun agar sumbangan yang diperoleh dapat dimanfaatkan oleh murid yang layak dan memerlukan menjelang sesi persekolahan 2020 yang akan bermula nanti.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Harumaini Haji Omar, ADUN Batang Kali. Turut hadir ialah YB June Leow Hsiad Hui, Ahli Parlimen Hulu Selangor. Ketua-ketua jabatan Daerah Hulu Selangor turut memeriahserikan majlis.

Program diserikan lagi dengan penganjuran forum ‘Ada Apa Dengan Cinta’ yang dikendalikan oleh Ustaz Fauzi bin Md Rani dan dijayakan oleh penceramah adik-beradik terkenal iaitu Dato’ Mohammad Kazim Elias dan Kapten (B) Dato’ Haji Mohd. Najmuddin Elias selaku ahli panel. Turut membuat persembahan ialah kumpulan nasyid Rabbani.

Sejumlah RM153,486.00 berjaya dikutip menerusi program ini dan pihak sekolah amat mengalu-alukan sumbangan daripada orang ramai.

Sumbangan boleh disalurkan menerusi akaun Bank Rakyat, 11-099-1003347 PIBG SMK Bandar Sungai Buaya.

(Visited 450 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button