NasionalNegeri

Raja Muda Perlis rasmi Pusat Kajian dan Akuakultur Politeknik Sandakan

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat merasmikan Pusat Kajian dan Akuakultur Politeknik Sandakan (PS) di Sabah.

Keberangkatan tiba baginda sempena Program pembangunan modal insan ‘Titian Kasih’ yang dianjurkan oleh Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis itu disambut oleh Pengarah PS, Mohd. Sani Said.

Menurut hebahan media YTSP Perlis, Raja Muda bertitah bahawa bidang Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) melahirkan banyak peluang yang telah mengubah kehidupan rakyat.

Gabungan ilmu dan kemahiran yang tinggi dapat menghasilkan modal insan yang cemerlang dan berkualiti.

Menurut baginda, pembangunan modal insan ini penting dalam mendepani cabaran pada masa akan datang bagi melahirkan keperibadian rakyat yang unggul.

Tuanku Syed Faizuddin Putra juga berharap hasrat Jabatan Politeknik dan Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Tinggi dalam memperkasakan institusi TVET untuk mentransformasi dan memposisikan semula Politeknik dan Kolej Komuniti dalam sistem dunia TVET negara dapat direalisasikan.

Sempena program tersebut Raja Muda selaku Pengerusi YTSP Perlis turut berkenan menyaksikan penyerahan sumbangan kepada pihak Politeknik Sandakan daripada beberapa buah rakan strategik yayasan berkenaan dalam kalangan para peserta yang mengiringi Baginda termasuklah RM2,000 daripada pihak Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) untuk tujuan pelaksanaan aktiviti dakwah serta komputer riba kepada dua orang pelajar terpilih oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Sebagai simbolik peringatan kunjungan penuh bersejarah tersebut Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menanam sepohon pokok Bambangan atau nama saintifiknya iaitu Mangifera Pajang di perkarangan pusat kajian tersebut. – SM

(Visited 229 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button