Sukan

Raja Muda Perlis lancar Liga Besbol Kebangsaan

KUALA LUMPUR 24 Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan melancarkan Liga Besbol Kebangsaan (NBL) 2023 di Aeon Big Wangsa Maju Kuala Lumpur pada petang semalam.

Keberangkatan tiba Tuanku Raja Muda merangkap Penaung Diraja Persekutuan Besbol Malaysia (BFM) yang diiringi Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil disambut oleh Presiden BFM, Sazali Husain dan Pengarah Urusan Aeon Big Sheikh Farouk Sheikh Mohamed.

Turut hadir ialah Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, Pengarah Kumpulan Syarikat Bubble O2 Abdul Aziz Arifin dan Timbalan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Suhardi Alias.

Menurut Sazali, sebanyak lapan buah pasukan akan beraksi dalam saingan NBL musim ini membabitkan penyertaan Perlis, Perak, Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

“Sejak penubuhan BFM lebih 20 tahun yang lalu, inilah kali pertama Liga Besbol Kebangsaan diperkenalkan. Untuk edisi pertama kali ini, lapan pasukan negeri akan bertanding bagi dinobatkan sebagai Juara Kebangsaan yang akan membawa pulang piala pusingan dan wang tunai sebanyak RM5,000,” katanya.

(Visited 288 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button