Sukan

PSG sanggup berbelanja besar untuk Marcus Rashford

PASUKAN bola sepak Paris Saint-German (PSG) dikhabarkan berminat untuk mengambil pemain Manchester United (MU), Marcus Rashford yang disifatkan sebagai pemain yang hebat.

Malah, jurulatih PSG, Thomas Tuchel turut menyatakan bahawa MU sebenarnya tidak tahu kebolehan sebenar pemain tersebut.

Rashford sepanjang karier bola sepaknya hanya bermain di MU dan menjadi pemain yang sangat popular di kelab tersebut.

BACA> Hukuman mati pemandu mabuk ikut undang-undang sedia ada

Menurut laporan Metro, PSG sudah bersedia untuk mengambil pemain tersebut dan sanggup berbelanja hingga RM536 juta.

Malah, Tuchel juga dikatakan telah melobi Rashford kepada pihak penguran kerana dia percaya bahawa MU tidak mengetahui kemampuan sebenar pemain itu.

“Rashford ialah pemain bola sepak moden yang cukup sempurna dan berkebolehan untuk bermain di pelbagai posisi.

“Kita ada ada Neymar dan Kylian Mbappe dan kemasukan Rashford mampu menguatkan lagi bahagian depan PSG,” katanya.

BACA> Adakah dia berada di Malaysia? Syahredzan persoal Pfundhelle

Difahamkan, setakat ini MU belum bersedia untuk melepaskan Rashford walaupun PSG sanggup membeli pemain tersebut dengan harga yang tinggi.

Selain PSG, Rashford juga sebenarnya menjadi tumpuan bagi kelab Barcelona tetapi pemain itu dikatakan lebih selesa bermain bersama MU.

Rashford kini telah menjadikan 20 gol daripada 37 penampilan bersama MU. -SM

(Visited 271 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button