Negeri

Raja Muda Perlis ingatkan supaya pendawaian elektrik diperiksa

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra menggesa supaya pemeriksaan pendawaian elektrik dibuat sekurang-kurangnya sekali dalam setiap 10 tahun sebagaimana yang disarankan oleh pihak Suruhanjaya Tenaga Malaysia.

Tuanku Syed Faizuddin Putra turut mengingatkan pemilik rumah, pejabat atau premis agar memastikan kontraktor pendawaian letrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga Malaysia menjalankan pemeriksaan keseluruhan pepasangan eletrik dalaman tersebut.

“Pastikan setiap rumah mempunyai laluan kecemasan atau sekurang kurangnya mempunyai dua pintu keluar dan semua penghuni tahu tentang laluan tersebut. Seterusnya, setiap rumah khususnya rumah jenis kelas A iaitu struktur batu disarankan untuk memasang jeriji tingkap jenis boleh dibuka yang disarankan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat. Selain itu, setiap rumah perlu ada peralatan pemadaman asas untuk api seperti selimut api atau ‘fire blanket’, alat pemadam api dan pengesan api serta asap yang boleh didapati di mana-mana kedai khusus atau kedai atas talian.

Tuanku Raja Muda bertitah demikian selepas berkenan meninjau dua buah rumah di A16 Kg Bongor Kudong, Simpang Empat yang terlibat dalam kebakaran jam 4.45 petang pada 23 Oktober 2021.

Pemilik kedua-dua buah rumah berkenaan, Azizan Om dan Muhamad Fakirah Abd Razak, berada di tempat kerja masing-masing ketika kejadian.

Punca kebakaran masih dalam siasatan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Berikutan kejadian tersebut, pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sedang mempertimbangkan proses penyaluran bantuan kediaman kepada keluarga berkenaan.

(Visited 151 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.
Back to top button