fbpx
BeritaNasional

Mohon rakyat mendoakan Agong buat keputusan terbaik – Pemangku Raja Pahang

PEMANGKU Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah meminta umat Islam di negeri ini mendoakan Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja Melayu supaya diberi pembukaan serta kebijaksanaan daripada Allah SWT untuk membuat keputusan yang terbaik demi demi agama, rakyat dan tanah air.

Baginda bertitah, ia sempena kelebihan di bulan Rejab ini, bulan yang disabdakan oleh Nabi Muhammad SAW ‘adalah bulan Allah ‘, iaitu bulan yang di dalamnya penuh dengan rahmat kasih sayang dan keampunan daripada Robbul Jalil.

“Istimewanya lagi pada malam Jumaat ini, penghulu bagi segala hari. Hari yang harap dimakbulkan oleh Allah SWT daripada doa sekalian hamba-hambaNya.

“Dengan ini memohon sekalian umat Islam di negeri Pahang khasnya, mendoakan ke atas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan sekalian raja-raja Melayu agar diberi pembukaan serta kebijaksanaan daripada Allah SWT untuk membuat keputusan yang terbaik demi agama dan rakyat di tanah air yang kita cintai ini.

“Mudah-mudahan Kebawah Duli-Duli Tuanku sentiasa berada dibawah perlindungan dan pemeliharaan Allah SWT dengan rahmat dan kasih sayangNya,” titah baginda melalui laman sosial Instagram yang dipetik Pahang Media.


Show More

Related Articles

Back to top button