fbpx
Berita

Raja Muda dan Raja Puan Muda Perlis berangkat saksi pentomen TDM

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menyaksikan persembahan pentomen khas sempena sambutan Hari Ulang Tahun Tentera Darat Malaysia ke 87 yang jatuh pada 1 Mac 2020 baru-baru ini pada pagi tadi.

Pentomen penuh bersemangat yang dilakonan tanpa suara pada kali ini mempersembahkan pengisahan kisah sebenar pertempuran operasi khas pada tahun 1971 yang diketuai oleh pahlawan negara, Mendiang Kapten Mohana Chandran.

Persembahan oleh Batalion Ke 4 Rejimen Renjer Diraja (RRD) yang dipimpin oleh Pegawai Memerintahnya, Leftenan Kolonel Farris Ahmad Nawawi itu diadakan di perkarangan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Ali Ahmad, Kangar sempena program ‘Titian Kasih Mega Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Ali Ahmad, Kangar, Tahun 2020’ anjuran Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perlis dan disaksikan oleh 234 pelajar tingkatan satu hingga tiga sekolah berkenaan.


Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, Hj Izmi Ismail, Pengetua sekolah, Norazlina Hassan dan Setiausaha Kehormat YTSP Perlis, Datuk Johari Mohd Darus.

Baginda yang juga merangkap Tuanku Komander Rejimen 504 Askar Wataniah berpengkalan di Kem Bukit Keteri Perlis turut mendoakan semoga seluruh pasukan keselamatan kita sentiasa berada di dalam keadaan yang baik dan terus menjaga keselamatan negara supaya kita semua akan dapat terus hidup aman dan damai.

Show More

Related Articles

Back to top button