Berita

‘Ada kes positif Covid-19 di Parlimen’

Terdapat kes positif Covid-19 di Parlimen yang menyebabkan ramai menjadi kontak rapat daripada kes tersebut.

Mengesahkan perkara itu, seorang pegawai Parlimen yang tidak mahu dinamakan berkata, jangkitan tersebut banyak yang berlaku kepada pengawal keselamatan.

Katanya, setakat ini lebih 10 orang yang mengalami gejala dan simptom seperti batuk dan sakit tekak, sekali gus ia menimbulkan kebimbangan banyak pihak apabila sidang Dewan Rakyat akan berlangsung pada 26 Julai ini.

“Ikutkan jadual yang ada, sidang Dewan Rakyat akan tetap berlangsung 26 Julai ini. Tetapi saya tidak tahu bagaimana keadaannya jika ia tetap berlangsung dalam keadaan kes Covid-19 di Parlimen pun ada.

“Sebab virus itu boleh tersebar melalui penguadaraan di sesebuah kawasan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sidang Dewan Rakyat Khas dijadual akan berlangsung selama lima hari bermula 26 Julai ini.

Ia melibatkan 222 ahli Parlimen di semua kawasan serta pegawai yang terlibat, anggaran 400 orang yang akan hadir.

Dalam sidang kali ini juga, difahamkan ia akan membincangkan isu berkaitan Covid-19 termasuklah Ordinan Darurat serta persidangan secara hibrid.

(Visited 285 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button