Rencah Hidup

Pusat Tahfiz Al-Quran disaran tubuh Skuad Bomba

Pusat Tahfiz Al-Quran di Perlis disaran supaya bekerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi penubuhan Skuad Bomba masing-masing.

Pengarah JBPM Perlis, Mohamad Zaidi Ma’at berkata, pasukan ini boleh bertindak sebagai “first responder” bagi memadam kebakaran pada peringkat awal dalam kawasan institusi mereka.

Fakrul Anwar (kiri sekali) bersama Mohamad Zaidi (dua dari kiri) semasa melawat Pameran Kebombaan pada Program Konvensyen Skuad Bomba Sekolah Agama dan Tahfiz Berserta Kempen Keselamatan Kebakaran JBPM 2023 peringkat negeri di Ibu Pejabat JBPM Perlis di Kangar.

Beliau berkata, Skuad Bomba boleh dianggotai sekurang-kurangnya 10 orang pelajar bagi setiap pasukan yang terdiri daripada anggota pengurusan, guru dan pelajar.

“Ahli-ahli skuad ini akan diberikan latihan secara teori dan amali berhubung aspek keselamatan kebakaran yang diharap dapat memberi kefahaman, penghayatan dan menjadi amalan dalam kehidupan seharian keseluruhan masyarakat, bagi menerapkan budaya keselamatan kebakaran yang mampan,” katanya ketika berucap pada Program Konvensyen Skuad Bomba Sekolah Agama dan Tahfiz Berserta Kempen Keselamatan Kebakaran JBPM 2023 peringkat negeri di Ibu Pejabat JBPM Perlis di Kangar.

Salah seorang pelajar menyertai Pertandingan Kawad Kecekapan Skuad Bomba pada Program Konvensyen Skuad Bomba Sekolah Agama dan Tahfiz Berserta Kempen Keselamatan Kebakaran JBPM 2023 peringkat negeri di Ibu Pejabat JBPM Perlis di Kangar. – Gambar Ihsan JBPM Perlis

Perasmian dilakukan oleh Exco Kerajaan Negeri, Fakhrul Anwar Ismail.

Mohamad Zaidi berkata, sebanyak 473 kes kebakaran di negeri ini sehingga 31 Ogos lalu dengan jumlah kerugian RM2.5 juta.

Katanya, jumlah harta yang berjaya diselamatkan pula RM3.5 juta.

“Hasil penyiasatan juga mendapati punca kebakaran akibat kecuaian manusia,” katanya.

Para pelajar Pusat Tahfiz Al-Quran seronok berpeluang melihat kelengkapan peralatan jentera Bomba pada Pameran Kebombaan sempena Program Konvensyen Skuad Bomba Sekolah Agama dan Tahfiz Berserta Kempen Keselamatan Kebakaran JBPM 2023 peringkat negeri di Ibu Pejabat JBPM Perlis di Kangar.

Katanya, kesemua angka-angka ini menunjukkan bahawa bahaya kebakaran sentiasa wujud disekeliling kita dan ia memerlukan kesedaran dan tindakan bersama bagi memastikan premis yang dihuni selamat dan dijauhkan dari sebarang bahaya dan musibah yang tidak diingini.

Sementara itu sebanyak 10 Pusat Tahfiz Al-Quran di Perlis telah menyertai konvensyen ini.

Pelbagai program telah di adakan antara Ceramah Keselamatan Kebakaran bagi memperkukuhkan ilmu kebombaan kepada pelajar-pelajar tahfiz, Pertandingan Kawad Kecekapan Skuad Bomba dan Pameran Kebombaan.

Ini adalah untuk mendedahkan kepada pelajar-pelajar tahfiz kerjaya kebombaan dan juga menguji tahap kecergasan sebagai Skuad Bomba. – SM

BACA Sukarelawan YES POLIMAS tabur bakti di Maahad Tahfiz Puteri Ayu

BACA Usahawan ini tampil jelaskan bawa pelajar tahfiz ke konsert KEPCI

(Visited 151 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button