Nasional

Covid: Tiga hari berturut-turut 11 kematian, genap 700 maut

SEBELAS kematian direkodkan dalam masa tiga hari berturut-turut sejak Sabtu lalu hingga hari ini. Mereka yang maut akibat Covid-19 hari ini melibatkan 10 orang warganegara Malaysia dan seorang warga asing.

Jumlah kumulatif kematian sehingga kini adalah 700 kes dengan 229 kes kematian direkodkan dari 1 Januari 2021 hingga hari ini.

Bilangan kes yang ditempatkan ke unit rawatan rapi yang turun 261 kes semalam naik 280 kes hari ini manakala mereka yang memerlukan alat bantuan pernafasan naik dari 101 jes semalam kepada 111 kes hari ini.

Sementara itu jumlah kes sembuh mengatasi jumlah jangkitan baharu untuk empat hari berturut-turut. Hari ini jumlah kes baharu yang dicatatkan adalah sebanyak 3,585 kes berbanding 3,048 semalam.

Manakala bilangan yang sembuh pula seramai 4,076 orang hari ini berbanding 3,638 kes semalam.

Selangor masih mencatatkan kes baharu paling tinggi iaitu 1,295 kes meningkat berbanding 1,035 kes semalam.

Kuala Lumpur mengambil kedudukan Johor menjadi wilayah kedua tertinggi mencatatkan kes baharu iaitu 610 kes, meningkat berbanding 305 kes semalam.

Kemudian diikuti Johor iaitu 516 kes turun berbading 529 kes semalam.

Negeri yang mencatatkan peningkatan kes:

Sarawak – 205 (semalam 120 / kelmarin 255)
Melaka – 92 (semalam 90 / kelmarin 152)
Pulau Pinang – 104 (semalam 110 / kelmarin 90)
Kedah – 88 (semalam 74 / kelmarin 38)
Labuan – 1 (semalam 0 / kemarin 49)
Pahang – 104 (semalam 46 / kelmarin 63)

Negeri yang mencatatkan penurunan kes:

Putrajaya – 15 (semalam 22 / kelmarin 108)
Terengganu – 76 (semalam 79 / kelmarin 179)
Perlis – 2 (semalam 3 / kelmarin 3)
Kelantan – 76 (semalam 89 / kelmarin 77)

Sementara itu jumlah kes aktif yang memerlukan rawatan meningkat kepada 40,574 kes hari ini berbanding  41,076 kes semalam.-SM

(Visited 129 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button