BeritaRencah Hidup

Bekas wartawan Utusan kini pengusaha popcorn

SELEPAS syarikat Utusan (M) Malaysia Sdn Bhd gulung tikar, bekas petugasnya kini melakukan pelbagai usaha untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Suara Merdeka terbaca di portal berita Kliq News seorang wartawan Utusan Malaysia, Mohd Iswan Shafiq Mat Isa telah mengusahakan perniagaan popcorn secara kecil-kecilan.
Pengusaha popcorn kecil-kecilan, Mohd Iswan Shafiq Mat Isa, 35, atau Iswan yang terlibat dengan perniagaan itu secara sambilan sejak beberapa bulan lalu.
Menurut Iswan yang pernah berkhidmat sebagai wartawan Utusan Malaysia selama sembilan tahun sebelum ini, kegagalan mengawal masa mungkin menyebabkan popcorn yang dimasak itu sedikit hangit sekaligus menjejaskan kualiti makanan tersebut.

Buat masa ini, popcorn tersebut dijual di kedai-kedai makan berhampiran rumahnya selain dibuat berdasarkan tempahan online untuk dijadikan cenderamata, kudapan semasa jamuan atau keraian.

Menurut Iswan, dia dan isterinya bercadang untuk menghasilkan popcorn yang lebih menarik pada masa depan termasuk popcorn yang disaluti coklat, keju dan sebagainya.

“Kebiasaannya, kami banyak menggunakan bertih jagung jenis ‘mushroom’ yang lebih bulat bentuknya untuk membuat popcorn.

“Bagaimanapun, ada kalanya kami juga menggunakan bertih jagung biasa sahaja (jenis ‘butterfly’) kerana sukar untuk mendapatkan bekalan bertih jagung ‘mushroom’ daripada pembekal,” katanya yang juga berhasrat untuk mendapatkan mesin popcorn lebih besar bagi menghasilkan lebih banyak popcorn pada masa depan.

Sesiapa yang berminat untuk menempah atau mengetahui lebih lanjut mengenai popcorn tersebut boleh menghubungi Iswan atau isterinya di talian 0125846634/0125445141. –

(Visited 273 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button