Hiburan

Program pertama, TV Alhijrah beri barangan kepada penonton secara PERCUMA!

Program pertama di stesen TV Alhijrah menampilkan konsep terbaru dengan memberikan barangan percuma dari usahawan-usahawan tempatan buat para penonton.

Program PERCUMA JER akan berlangsung pada 1 Februari 2024 akan datang, setiap Isnin hingga Khamis pada jam 6-7 petang.

Idea ini tercetus dari dua organisasi iaitu TV ALHijrah dan Pasak Sdn Bhd selain itu objektif program ini untuk membantu jenama tempatan terus berkembang.

Menurut Ketua Pegawai Operasi TV AlHijrah, Nadzariah Mohamed, menerusi rancangan ini penonton berpeluang untuk mengurangkan risiko ketidakadilan, penipuan, penindasan secara tidak langsung membantu usahawan untuk menaikkan jenama produk mereka.

‘’Tanggungjawab dari pihak TV Alhijrah untuk berikan education kepada SME dan IKS bagaimana untuk menaikkan produk mereka, di kalangan usahawan mempunyai produk yang bagus tetapi mereka tidak tahu bagaimana untuk brading dan pasarkan.

‘’Jadi salah satu program ini PERCUMA JE adalah untuk mengajar bagaimana untuk mereka kembangkan bisnes IKS’’. Katanya pada sidang media yang berlangsung semalam di Shah Alam.

Bagi pengasas Pasak Sdn Bhd, Tuan ku Addy Fazly Ku Radin program ini mempunyai konsep yang berbeza, kerana tiada keuntungan yang dapat hanya semata-mata CSR sahaja.

‘’Program ini berbeza dari yang lain, program lain apabila usahawan memberikan barang mereka mengharapkan ROI namun program ini tiada ROI kecuali pahala sahaja, dalam konteks ini kita membuat kerja CSR.


‘’Yang kita mengharapkan penonton pakai dan rasa, jika mereka sukakan akan sembang dengan rakan-rakan terdekat tentang produk tersebut seterusnya membeli ke usahawan tersebut’’. Jelasnya.

Selain dengan menonton racagan ini mengikut jadual yang ditetapkan, penonton perlu memuat turun aplikasi AlHijrah Plus di Apple Apps Store atau GooglePlay Store kemudian penonton perlu mengimbas kod QR untuk memiliki barangan tersebut.

Setelah berjaya tunggu barangan sampai di rumah anda dari pihak syarikat kurier.

Artikle Berkaitan :>

Program realiti ‘Pentas Marhaban’ bakal siar di TV AlHijrah

TV AlHijrah sambut ulang tahun ke-13 dengan tema ‘Satukan Ummah Dengan Ilmu’

(Visited 86 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button