fbpx
Politik

PRN Sabah: Pas beri laluan demi muafakat, akan bantu PN, BN

PRESIDEN Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang akhirnya tampil memberi pencerahan mengapa parti itu tidak mempunyai kerusi untuk ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Abdul Hadi berkata, Pas mengambil pendirian untuk memberikan laluan kepada rakan-rakan dalam Perikatan Nasional dan Barisan Nasional.

“PAS menghormati sikap rakan-rakan di Sabah yang berhasrat untuk bertanding di keseluruhan 73 kerusi dalam Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sabah (PRN Sabah), setelah usaha rundingan dimuktamadkan,” kata Abdul Hadi dalam satu kenyataan.

Menurutnya, tindakan Pas tidak bertanding juga diambil bagi memastikan berlakunya pertarungan satu lawan satu antara BN,PN dengan Pakatan Harapan plus dalam PRN Sabah.

Menurut Abdul Hadi, Pas juga mengambil keputusan untuk tidak bertanding demi memelihara permuafakatan yang terjalin serta mengambil kira implikasi politik di masa akan datang.


“Keutamaan PAS adalah persiapan untuk menghadapi PRU-15 yang dijangka dalam masa terdekat, di samping komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dalam Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional,” kata Abdul Hadi.

Menurutnya, Pas jakan mengerakkan jentera kempen dan ahli-ahli PAS membantu rakan-rakan BN dan PN mengikut keperluan di peringkat setempat dalam dalam PRN Sabah.-SM

 

(Visited 1 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button