Nasional

Annuar cadang DBKL guna sistem amaran awal banjir

SISTEM amaran awal dijangka akan digunakan bagi memberi maklumat awal kepada masyarakat mengenai kemungkinan kejadian banjir kilat berlaku.

Sistem tersebut dicadangkan ekoran berlaku kejadian banjir apabila air naik sehingga 3 meter di Kuala Lumpur semalam.

Ia dilihat sebagai langkah persediaan bagi penduduk dan juga pekerja di ibu kota untuk bersiap siaga seperti mengalihkan kenderaan dan menyelamatkan diri daripada terperangkap.

Seperti kejadian yang berlaku semalam, lebih 10 orang terperangkap di dalam rumah selepas kawasan kediaman mereka digenangi air.

“Banjir kilat.. Walaupun namanya ‘kilat’ yang bererti cepat atau mendadak.

“Saya percaya sains dan teknologi boleh meramal kemungkinan berlaku banjir.

“Justeru saya mahu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membentu satu ‘early warning system’ seperti mana digunakan di Jepun untuk meramal gempa bumi, tusnami dan lain-lain.”

Demikian kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menerusi ciapan dalam Twitternya hari ini.

Beliau bekata demikian mengulas kejadian banjir kilat semalam yang melanda beberapa kawasan di Kuala Lumpur sehingga menyebabkan mangsa terjejas ditempatkan di pusat penempatan sementara (PPS).

Semalam, Suara Merdeka melaporkan semua mangsa yang kediamannya terjejas akibat banjir ditempatkan PPS di Kelab Sultan Sulaiman.

Namun demikian, penggunaan sistem amaran awal itu disifatkan hanya langkah sementara sahaja.

Kerajaan dilihat memerlukan sistem yang lebih berkesan untuk jangka masa panjang seperti menyemak semula kaedah penyuraian banjir sedia ada.

Ini kerana, terdapat saranan yang diketengahkan Wirawati Parti Bumiputera Perkasa dalam laporan Suara Merdeka hari ini supaya satu sistem yang komprehensif disediakan.

Keperluan itu dicadangkan apabila peningkatan pembangunan yang berlaku di Kuala Lumpur menyebabkan kadar penyerapan air merosot.

Malah sistem penyuraian banjir sedia ada seperti kawasan takungan dan terowong Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong (Smart) tidak mampu menyelesaikan masalah tersebut. – SM

 

(Visited 233 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button