Uncategorized

Polisi khas bantu PMKS mendepani survival dan rancakkan semula ekonomi – MPN

KUALA LUMPUR: Majlis Pemulihan Negara (MPN) berpendapat polisi khas perlu diwujudkan bagi membantu usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) mendepani survival pasca pandemik Covid-19.

Ahli MPN, Datuk Michael Kang berkata, dengan polisi tersebut, ia bukan sahaja membantu survival usahawan PKNS malah boleh merancakkan semula ekonomi negara ke arah lebih positif menerusi kaedah strategik.

“Berdasarkan Firm’s Recovery From COVID-19 in Malaysia, Business Pulse Survey menyatakan hanya 39 peratus firma di Malaysia mempunyai tunai tersedia kurang daripada 1 bulan manakala 23 peratus lagi mengalami masalah pembayaran tertunggak.

“Laporan tersebut juga melaporkan 75 peratus mengalami kelewatan pembayaran oleh pelanggan sekurang-kurangnya 3 bulan dan 11% telah difailkan untuk ketakmampuan bayar (insolvency),” katanya.

Michael berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam satu sesi eksklusif bersama pengamal media mengulas cabaran yang dihadapi PMKS setelah sektor ekonomi kembali dibuka, di sini, baru-baru ini.

Sehubungan itu bagi menangani masalah aliran tunai dan pembiayaan PMKS, Jawatankuasa Tindakan Khas Berkenaan Isu Kekangan Aliran Tunai dan Pembiayaan di bawah KUSKOP ditubuhkan.

“MPN juga mengesyorkan pihak bank supaya diberi kebenaran untuk meneruskan program penjadualan atau penstrukturan semula pembiayaan (moratorium) kepada PMKS yang memerlukannya.

“Kerajaan perlu merangka polisi khas tersebut sekali gus menjadikan ia sebagai satu garis panduan yang jelas kepada usahawan PMKS agar dapat membina semula reputasi,” katanya.

Dalam masa sama, masalah kekurangan tenaga kerja asing dalam pelbagai sektor terutamanya perladangan yang dilaporkan mengalami kerugian hampir RM20 bilion pada tahun 2021 antara yang disebut PMKS.

“MPN dimaklumkan bahawa 1,152,276 permohonan kuota pekerja asing telah diterima untuk semua sektor
sehingga bulan September 2022 dan 467,223 (40.5%) kuota telah diluluskan.

“Sehingga 12 September 2022, hanya 76,000 pekerja asing telah dibawa masuk ke negara,” katanya.

(Visited 101 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button