Ekonomi

QSR Brands umum pelantikan Ahli Lembaga Bebas baharu

QSR Brands (M) Holdings Bhd (QSR Brands) mengumumkan penambahan empat Pengarah Bebas baharu di dalam Lembaga Pengarah QSR Brands.

Tiga ahli Lembaga baharu adalah (Puan) Chong Chye Neo, bekas Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif IBM Malaysia dan Pengarah Bursa Malaysia Berhad; (Puan) Khoo Gaik Bee, bekas Ketua Sumber Manusia di beberapa syarikat terkemuka dan Pengarah Axiata Group Berhad; dan (Puan) Foong Pik Yee, bekas Ketua Pegawai Kewangan di beberapa syarikat terkemuka dan Pengarah Ambank (M) Berhad, Paramount Corporation Bhd, dan Prudential Assurance Malaysia Berhad.

Tambahan lagi, QSR Brands akan melantik seorang ahli Lembaga Pengarah baharu dari luar negara – seorang bekas Ketua Makanan Segera Serantau, yang bakal diumumkan tidak lama lagi. Profil ketiga-tiga Pengarah baharu adalah seperti berikut:

1. Chong Chye Neo telah bersara sebagai Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif IBM Malaysia pada Disember 2018 di mana beliau merupakan pemimpin wanita pertama yang menerajui syarikat tersebut sepanjang penubuhan 55 tahun di Malaysia. Sepanjang 30 tahun di IBM, beliau menyandang beberapa jawatan kepimpinan yang merangkumi beberapa bidang seperti teknikal, jualan, harta intelek, bisnes, dan perkembangan strategi.
Beliau telah memimpin pasukan dari pelbagai latar belakang dan berjaya memacu pasaran perniagaan di 15 negara di Asia Pasifik. Beliau turut memimpin perubahan kepada beberapa perniagaan.

2. Foong Pik Yee berkhidmat lebih 30 tahun dalam sektor perbankan untuk beberapa bank antarabangsa dan bank awam Malaysia tersenarai dengan pengalaman dalam pengurusan umum, kewangan, perancangan strategik, pengurusan risiko, audit, pemasaran dan jualan,  pengurusan produk, dan operasi. Beliau telah memegang beberapa jawatan kepimpinan (Ketua Pegawai Eksekutif, Ketua Pegawai Kewangan, Ketua Pegawai Operasi) selama lebih 15 tahun.

3. Khoo Gaik Bee membawa bersama pengalaman meluas daripada kerjaya progresif sepanjang 39 tahun merangkumi keseluruhan spektrum Pengurusan Sumber Manusia. Beliau telah berkhidmat di beberapa korporasi Malaysia dan antarabangsa termasuk Digital Equipment Malaysia, ICI Paints (M) Sdn Bhd, Sunway Group of Companies, dan Arthur Young & Co antara lain, sebelum bersara sebagai Ketua Pengarah/Pengarah Sumber
Manusia Guinness Anchor Berhad pada 2006.

Pelantikan baharu ini bakal membawa perspektif baru dan kepelbagaian kepada syarikat dari segi kemahiran, latar belakang, bangsa, pengalaman industri, dan jantina. Puan Chong dengan latar belakang IT, Puan Foong – dalam bidang Kewangan dan Perakaunan, Puan Khoo – dalam Sumber Manusia, dan Pengarah keempat – Makanan Segera dan Digital.

Tan Sri Jamaludin Ibrahim, Pengerusi QSR Brands berkata, “Di bawah pengurusan baharu pimpinan Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Urusan, Nehchal Khanna, QSR Brands telah melangsungkan transformasi yang membawa percambahan nilai kepada syarikat sepanjang dua tahun yang cukup mencabar. Pengumuman hari ini merupakan satu lagi langkah transformasi dalam pentadbiran Lembaga termasuk komposisi lembaga, kepelbagaian, proses keputusan, pengurusan risiko dan kawalan, pengurusan pembangunan modal insan, dan kelestarian.”

“Dalam mengukuhkan pentadbiran Lembaga, pelantikan baharu ini secara keseluruhannya bakal membawa penyeliaan strategik kepada QSR Brands dan mengikut Standard Emas Pentadbiran Korporat. Kami mengalu-alukan individu-individu cemerlang ini kepada Lembaga Pengarah QSR Brands, terutamanya pencapaian kepelbagaian kepada Lembaga amat dibanggakan,” tambah Jamaludin.

Nehchal Khanna, Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Urusan QSR Brands berkata, “Penambahan 4 Ahli Lembaga ini bakal meluaskan pengalaman dan peranan Lembaga QSR Brands. Kami berbesar hati dengan pelantikan ahli-ahli professional yang ternama dan disegani ini.”

Chong Chye Neo dan Khoo Gaik Bee bakal memulakan perkhidmatan pada Mac 2022, manakala Foong Pik Yee bakal berkhidmat pada 1 April. Ahli Lembaga keempat pula akan menyertai syarikat dalam masa terdekat.

(Visited 361 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button