Nasional

Darurat: Suhakam bimbang tiada semak imbang dalam kerajaan

PENGGANTUNGAN Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) berikutan Proklamasi Darurat yang diumum baru-baru ini akan memberi kuasa penuh kepada kerajaan.

Hal demikian menyebabkan kebimbangan ekoran tiada semak imbang dalam kerajaan sepanjang tempoh darurat yang diisytihar sehingga 1 Ogos ini.

Walaupun Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menegaskan pelaksanaan darurat ini adalah berfokus kepada penyelesaian krisis kesihatan, namun, ramai menyedari hakikat Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sudahpun kehilangan majoriti.

Pelaksanaan darurat untuk membendung wabak Koronavirus (Covid-19) adalah tidak perlu memandangkan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri berisiko tinggi.

“Proklamasi Darurat yang dikeluarkan bagi membendung wabak Covid-19 tidak boleh dijustifikasikan memandangkan kerajaan baru sahaja melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan daripada 13 hingga 26 Januari 2021.

“Walau bagaimanapun, langkahlangkah yang telah diambil oleh kerajaan termasuk PKP dan pematuhan yang ketat terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) oleh rakyat dilihat mencukupi untuk membendung penularan wabak tersebut.

“Melihat kepada pengumuman ini, Suhakam bimbang tentang ketiadaan semak imbang terhadap penumpuan kuasa eksekutif Kerajaan sepanjang tempoh Darurat.

“Dalam hal ini, Suhakam menggesa Kerajaan agar mendukung tugas dan tanggungjawab mereka dalam menghormati kedaulatan undang undang dan terus melindungi kebebasan asasi rakyat yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan dalam usaha mengawal wabak ini.

“Suhakam menekankan bahawa Darurat seharusnya berpandukan prinsip hak asasi manusia dan tidak patut digunakan untuk tujuan lain selain daripada menangani wabak Covid-19.”

Kata Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dalam satu kenyataannya berhubung pengumuman Proklamasi Darurat bermula 11 Januari sehingga 1 Ogos.

Menurut kenyataan itu lagi, kerajaan perlu bertanggungjawab menghormati kebebasan asasi rakyat yang dijamin Perlembagaan Persekutuan dalam menangani wabak ini.

Ini termasuklah, peluang kepada anggota Parlimen menentukan kedudukan Perdana Menteri yang kehilangan sokongan berikutan Ahli Parlimen Machang dan Padang Rengas mengumumkan menarik balik sokongan kepada Kerajaan PN.

“Suhakam menekankan bahawa Darurat seharusnya berpandukan prinsip hak asasi manusia dan tidak patut digunakan untuk tujuan lain selain daripada menangani wabak Covid-19.

“Suhakam menekankan bahawa Parlimen adalah institusi utama demokrasi dan merupakan badan yang diamanahkan dengan fungsi pengawasan bagi memastikan Kerajaan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap rakyat.

“Suhakam menekankan bahawa Darurat seharusnya berpandukan prinsip hak asasi manusia dan tidak patut digunakan untuk tujuan lain selain daripada menangani wabak Covid-19,” katanya. – SM

(Visited 129 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button