Nasional

Proaktif antara sikap masyarakat untuk majukan negara

Negeri dan negara memerlukan masyarakat yang proaktif, kreatif, inovatif, kompetitif dan berpandangan jauh untuk terus membantu membangunkannya.

Persekitaran bekerja di dalam organisasi mahupun gaya hidup masyarakat juga perlu dilonjakkan bagi memastikan kita akan kekal kompetitif dan berdaya saing melalui corak pemikiran yang lebih kreatif, inovatif dan di luar kebiasaan.

Pembentukan masyarakat yang proaktif dan berpemikiran keusahawanan merupakan asas dalam menjadikan kita sebagai sebuah negara keusahawanan unggul, maju dan disegani di peringkat global.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat merasmikan gerai menjual roti jala dan murtabak Projek Peningkatan Sosioekonomi Asnaf Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang diusahakan oleh Puan Wamala Hassan, 64 dan dibantu oleh dua orang anak beliau di No. 13A Jalan Sekolah Derma, Kangar baru-baru ini. Beliau menerima barang-barang peralatan daripada pihak MAIPs untuk membantu perniagaannya berkembang.

Tuanku Raja Muda mengajak masyarakat supaya bersama-sama memupuk semangat keusahawanan terutamanya dalam kalangan generasi muda dan bukan hanya dalam kalangan para usahawan sedia ada semata-mata. Lebih ramai rakyat perlu terlibat dalam bidang keusahawanan, pertanian, industri kreatif mahupun perniagaan yang akhirnya akan menyumbang kepada pembangunan negeri dan negara.

Baginda menambah bahawa kita perlu mewujudkan ekosistem keusahawanan yang holistik dan kondusif bagi menyokong agenda pembangunan sosioekonomi yang inklusif, seimbang dan mapan. Begitu juga dalam membentuk sebuah masyarakat yang berpemikiran dan berbudaya keusahawanan.

Tuanku Syed Faizuddin Putra juga berhasrat untuk melihat lebih ramai usahawan terutamanya generasi muda di Perlis yang berkualiti, berdaya maju, tahan, berfikiran global dan kompetitif. Kita juga perlu berusaha mempertingkatkan lagi keupayaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana serta koperasi selain memastikan generasi muda memilih keusahawanan sebagai kerjaya pilihan mereka.

(Visited 407 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button