NasionalRencah Hidup

Zoo Negara tutup selepas April ini?

BUDAK Klang Gate atau Ulu Klang membesar dengan bunyi binatang seperti harimau mengaum dari kandang Zoo Negara yang terletak di Ulu Klang.

Selepas budak Klang Gate dan Ulu Klang, muncul budak Taman Melawati yang kawasan perumahan mereka hampir dengan Zoo Negara dan juga Akuarium sudah terbiasa dengan pelbagai bunyi binatang dari Zoo Negara.

Di situlah juga tempat liburan budak-budak Klang Gate, Ulu Klang, Kemensah, Zoo View dan Taman Melawati di hujung minggu dan kalau lalu di Zoo Negara, akan dapat tengok burung bangau terbang dan hinggap di tiang lampu.

Kalau tidak mengajak ibu bapa pergi ke Zoo Negara, mungkin kita sendiri yang akan ke sana dengan sepupu atau rakan-rakan. Bahkan ketika cuti perayaan, ada juga yang berkunjung ke Zoo Negara dengan keluarga.

Ada yang tidak hairan dengan kewujudan Zoo Negara kerana bagi mereka, binatang yang ada di situ kurus-kurus belaka, macam tak cukup makan!

Sedangkan Zoo Negara adalah antara ‘mercu’ yang gah dan menjadi kebanggaan dan pelbagai usaha dilakukan untuk memastikan binatang-binatang yang ditempatkan di dalam Zoo Negara, terpelihara, cukup makan.

Maka ada usaha daripada pelbagai pihak untuk menaja binatang-binatang yang terdapat di dalam Zoo Negara.

Sejak dari tahun 1970-an lagi, Zoo Negara dipelihara dan tahun ini, 2021, sudah kedengaran desas-desus bahawa tempat itu akan ditutup kepada khalayak.

Adoi! Jika benar, ia amat menyedihkan kerana Zoo Negara, seperti juga dengan Ampang Park yang sudah dirobohkan, adalah ‘legenda’ dan kebanggaan kita.

Kalau Zoo Negara tidak lagi beroperasi pada April ini, berkuburlah tempat liburan kita.

Betapa besarnya impak atau kesan Covid-19 yang melanda kita semua dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang mengekang segala aktiviti termasuk kunjungan ke Zoo Negara.

Ada yang bertanya, tidak adakah jalan lagi untuk menyelamatkan Zoo Negara seperti bantuan daripada Kerajaan negeri dan pusat?

Mengikut kata Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly Ahmat Lana, dana yang ada ketika ini hanya cukup untuk menampung kos operasi sepanjang PKP yang berakhir  pada 18 Februari ini.

Kalau PKP dilanjutkan, Zoo Negara berdepan dengan masalah kewangan.

“Jika dilanjutkan, kita terpaksa merayu kepada kerajaan supaya memberi kebenaran beroperasi atau mencari kaedah lain untuk meneruskan kelangsungan,” kata Rosly Ahmat.

Teringat di tahun 1970-an, Zoo Negara di bawah kelolaan Datuk Ismail Hudson dan pada ketika itu, binatang yang ada tidaklah banyak mana pun tetapi boleh cukup makan dan gaji pekerja Zoo Negara juga berbayar.

Jangan biarkan Zoo Negara terkubur, tampil dan hulurkan bantuan anda! – SM

(Visited 3,485 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button