Nasional

PKPB: Selangor, Kuala Lumpur dilanjutkan – Ismail Sabri

PERINTAH Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dilanjutkan sehingga 20 Disember.

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan demikian pada sidang akhbar harian PKPP petang tadi.

Beliau berkata, keputusan melanjutkan PKPB di kedua-dua lokaliti tersebut dibuat dalam mesyuarat khas semalam bersama MKN.

“Sebanyak 15,534 kes positif Covid-19 dilaporkan di seluruh negeri Selangor dan daripada jumlah itu, tiga daerah mencatatkan kes positif terkawal iaitu Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor iaitu masing-masing satu kes, 10 dan lapan kes.

“Atas nasihat KKM, PKPB di Selangor dilanjutkan bermula dari 7 Disember sehingga 20 Disember,” katanya.


Beliau berkata, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatat 6,366 kes positif Covid-19 dan atas nasihat KKM, PKPB di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dilanjutkan bermula dari 7 Disember sehingga 20 Disember.

Negeri Sembilan, 1,534 kes positif Covid-19 dan daripada jumlah itu, 1,486 kes dicatatkan di Seremban dan 36 kes positif di Port Dickson, katanya.

“KKM setuju, PKPB yang tamat pada 6 Disember, tidak dilanjutkan kecuali di dua daerah iaitu Port Dickson dan Seremban, dikenakan PKPP mulai 7 Disember hingga 20 Disember,” kata Ismail Sabri.

Menurut Ismail Sabri lagi, PKPB yang bersambung perlu patuhi SOP yang ditetapkan.

“PKPB di Mersing dan Kota Tinggi dilanjutkan sehjngga 20 Disember manakala PKPB bagi seluruh negeri Johor, ditamatkan.

“Dua lokaliti iaitu Mersing dan Kota Tinggi kita lanjutkan kerana catatan dua kes positif di Mersing dan 14 kes di Kota Tinggi. Itulah sebabnya dilanjutkan,” ujarnya. – SM

(Visited 506 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button