KesihatanNasionalPenyakit

Jangkitan baharu Covid-19 turun kepada 2,491 kes, 6 kematian dicatat

DATA laman sesawang CovidNow memaklumkan, semalam jangkitan harian Covid-19 turun kepada 2,491 kes berbanding 3,118 kes kelmarin.

Menurut data tersebut, enam kematian dilaporkan semalam termasuk satu kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

“Ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 meningkat kepada 4,774,003 kes dan 36,196 kematian,” menurut data laman sesawang tersebut.

Sehingga tengah malam tadi, terdapat 34,508 kes aktif Covid-19, termasuk 72 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 49 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes aktif itu, 33,090 pesakit atau 95.9% menjalani kuarantin di rumah, 22 kes atau 0.1% dirawat di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC), sementara 1,324 orang atau 3.8% menerima rawatan di hospital.


Seramai 3,715 pesakit dilaporkan sembuh.

Tiada kluster baharu direkodkan semalam, menjadikan keseluruhan kekal 7,066 kluster, dengan 31 daripadanya masih aktif. – SM

(Visited 30 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button