Nasional

PKPB dilanjutkan empat minggu lagi – Ismail Sabri

Kecuali tiga negeri: Perlis, Pahang, Kelantan

PENINGKATAN ketara bilangan kes Covid-19 dengan kadar kebolehjangkitan, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilanjutkan selama empat minggu lagi bermula 9 November sehingga 6 Disember ini.

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan PKPB yang sepatutnya tamat lusa, Isnin, bersambung.

Beliau berkata, seluruh negeri kecuali tiga negeri iaitu Perlis, Pahang dan Kelantan sahaja yang tidak dikenakan PKPB.

“Atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), peningkatan ketara bilangan Covid-19 dengan kadar kebolehjangkitan, atas nasihat KKM melaksanakan PKPB  di seluruh negeri berkuat kuasa selama empat minggu,” katanya pada sidang harian yang disiarkan secara langsung petang tadi.

Peningkatan ketara bilangan Covid-19 di negeri-negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Terengganu, katanya.


“Dengan pelaksanaan PKPB pada 9 November sehingga 6 Disember nanti membolehkan KKM melaksanakan saringan bersasar dan mengurangkan pergerakan dalam komuniti dan mengekang Covid-19 dalam negeri,” ujar Ismail Sabri.

Menjawab soalan pemberita, Ismail Sabri berkata, bilangan kes Covid-19 semalam adalah tertinggi.

Katanya, kes Covid-19 di Sabah yang besar, MKN memantau situasi dan melihat hampir keseluruhan Sabah, merah.

“Tak ada lagi yang kosong daerah-daerah di Sabah. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri meminta diadakan mesyuarat khas Jawatankuasa Teknikal melihat terperinci atau detail.

“Nasihat KKM dan MKN menentukan SOP. Ada perbezaan SOP PKPB dan PKP. Kesan daripada PKPB dan PKP dilihat secara lebih detail. Maka SOP perlu diperkenalkan semula.

“Dan kita sedang meneliti SOP-SOP ini. KKM akan memberi nasihat. Banyak kawasan merah, tak tau ke arah mana nak pergi.

“KKM akan menasihatkan ktia dan PKP atau PKPB dengan SOP melibatkan sektor ekonomi. Kalau SOP melibatkan sektor ekonomi, MITI pun sama-sama terlibat dalam mesyuarat khas nanti,” katanya.

Beliau berkata, esok, tiada mesyuarat tetapi mesyuarat akan diadakan pada Isnin, MKN dan KKN akan bentangkan dalam sidang khas sekali lagi.

“Dan jika ada keputusan, akan diumumkan. Jika berlaku perubahan perintah pergerakan, Peguam Negara perlu mewartakan setiap pergerakan. SOP-SOP pun akan diumumkan pada Isnin nanti,” kata beliau.

Sementara itu, beliau menambah, PKPB di Padang Rengas berkuatkuasa pada 8 November sehingga 21 November.  kuatkuasa.

Berhubung kes jururawat rentas negeri dari Lembah Klang ke Kelantan, Ismail Sabri berkata, kuasa diserahkan kepada polis untuk membuat sekatan.

“Kadang-kadang ada pihak isi borang maklum tujuan keluar negeri dan memberi gambaran sebenar atau tidak menyebabkan polis bagi kebenaran.

“Kelonggaran diberi rentas negeri jika keluarga sakit. Ini dibenarkan. Ada kecemasan,  dibenarkan pulang ke kampung.

“Pemohon perlu mendapat kebenaran polis. Setakat hari ini dibenarkan gerak rentas negeri dengan ada suarat kebenaran polis.

“Kalau bekerja ada surat kebenaran tetapi ada yang salah guna kebenaran…balik kampung, balik dari KL ke Kelantan.

“Di sekatan jalan raya, berjumpa polis, pemohon bagi gambaran, polis beri pertimbangan dan longgar, lepas keluar.

“Kita harap mana-mana yang salah guna surat kebenaran, polis akan bertindak lebih ketat dengan mengadakan kawalan antara negeri dan negeri,” kata beliau. – SM

 

(Visited 626 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button