Jenayah

Pihak polis buka kertas siasatan terhadap kes penderaan budak di taska

Baru-baru ini telah tular berkenaan satu vedio kanak-kanak berusia empat tahun didera dengan kasar oleh pengasuh ketika makan di sebuah taska.

Kini timbul lagi satu rakaman dari kamera litar tertutup (CCTV) , pengasuh tersebut diserang dan dipukul oleh dua orang individu yang dipercayai merupakan ibu dan bapa kepada mangsa.

Pengasuh dera anak Kanak-kanak

Pihak polis kini membuka siasatan susulan video yang telah tular itu. Difahamkan kejadian tersebut berlaku di Kota Kinabalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisionaer Mohd Zaidi Abdullah, terdapat tiga laporan yang dibuat berkaitan kejadian tersebut.

Difahamkan, satu laporan dibuat oleh bapa mangsa manakala dua lagi dibuat pengusaha taska serta pengasuh berusia 27 tahun yang mendakwa mereka dikasari.

“Dua kertas siasatan dibuka iaitu mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.” Jelasnya.

Keseksaan akan dibuka terhadap lelaki berkenaan dan akan dirujuk kepada Timbalan Pndakwa Raya bagi mendapatkan arahan untuk menyiasat.

Terdahulu, seorang pengasuh wanita yang berusia 27 tahun itu ditahan polis pada pagi Khamis dan direman selama tujuh hari bagi tujuan siasatan.

Tangkapan itu dibuat kerana menampar menendang serta menarik rambut seorang kanak-kanak ketika makan di sebuah taska.

Artikle Berkaitan:>

Kes dera adik Bella: Tiada peguam sudi bela tertuduh, Siti Bainun

Tiga individu direman seminggu kes dera kanak-kanak

(Visited 213 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button