Politik

PH runtuh kerana salah sendiri – Annuar Musa

SETIAUSAHA Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, Pakatan Harapan (PH) runtuh berpunca dari sifat takbur, sombong dan rakus dalam PH itu sendiri.

“Apabila kami diberi bayangan 14/15 Ahli Parlimen PKR dan hampir semua 25 MP PPBM hilang keyakinan pada PH, bererti kerajaan PH runtuh. Dalam situasi ini kita ada dua ‘option’, pertama bubar parlimen, kedua bentuk kerajaan baru jika mandat mencukupi.

“Dua ‘option’ ini kuasanya terletak pada PM dan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan sebagai parti politik kita buat pendirian kita… bubar parlimen kita setuju… atau pilihan kedua, kerana PH runtuh kita beri dokongan pada PM untuk bentuk muafakat baru. Antara dua itu, yang penting jangan rakyat jadi mangsa.

“UMNO memberi mandat kepada Presiden untuk ambil apa jua langkah yang terbaik untuk parti dan rakyat, khususnya orang Melayu dan bumiputera, enam parti tertentu jika bersepakat mampu menstabilkan politik negara. Kita sudah tunaikan tanggungjawab kita, kini terpulang pada PM dan perkenan Yang Di-Pertuan Agong,”  katanya.

BACADr M tak perlu angkat sumpah, hanya bentuk Kabinet baharu

Ujar beliau, apabila PH runtuh, pembangkang boleh saja ambil kesempatan dengan mendesak untuk mengadakan semula pilihan raya namun belum pun dua tahun rakyat akan disusahkan semula dengan Pilihan Raya Umum (PRU).

“Bila PH untuh, kami pembangkang boleh saja ambil kesempatan, paksa pilihan raya dan kami berpeluang menguasai semua tapi belum pun dua tahun rakyat disusahkan dengan PRU… ini masa bekerja. Perdana Menteri (PM) perlukan dokongan dan kestabilan, hal rakyat patut diutamakan dan kamu sombong tak habis-habis,” katanya menerusi ciapan dalam Twitternya, hari ini.

BACA:‘Yakinlah Allah bersama orang yang sabar’, Kak Wan ditenangkan pengikut di Facebook

BACA:Siti Kasim dan rakan-rakan tidak izin kerajaan pintu belakang

Beliau berkata demikian berikutan polemik kepimpinan yang membawa kepada keruntuhan PH dan juga kemungkinan pengaturan semula lanskap politik negara berkaitan sokongan parti-parti politik terhadap PM.

Tegasnya, menteri PH nak bercakap tentang mandat namun adakah.

Ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Ketereh, segalanya bermula dari dalam PH sendiri.

“Usah salahkan orang lain. Jangan lupa bukan semua dalam kerajaan saja ada mandat rakyat. Bukan Lim Guan Eng, Lim Kit Siang… Datuk Seri Anwar Ibrahim saja, kami pembangkang juga ada mandat. Kerajaan itu campuran dan bukan mutlak mana-mana parti.

“Apabila formula kamu runtuh, tiada pintu depan atau belakang. Kami ada pilihan sama ada membakarnya, atau hulur tangan bina baru. Kami harus fikir mana terbaik untuk rakyat, pemimpin mahu terus sombong dan bercakaran atau kita stabilkan dan bekerja untuk rakyat dan kemidian kita kembali pada rakyat.”

“Negara mesti selamat, stabil dan pemimpin tumpu bekerja untuk rakyat. Kami ketepikan sentimen dan kami hulurkan pengimbang demi kestabilan.”

 

(Visited 313 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button