Politik

Dr M tak perlu angkat sumpah, hanya bentuk Kabinet baharu

SELEPAS mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak perlu angkat sumpah sebagai Perdana Menteri baharu.

Sebaliknya, beliau akan meneruskan tugasnya tetapi dengan melantik barisan Kabinet yang baharu sebagai tanda mewakili kerjaan pakatan yang baharu.

Menurut sumber yang hadir pada perjumpaan ahli parlimen yang menyokong Dr. Mahathir membentuk kerajaan pakatan baharu malam tadi, beliau kekal sebagai Perdana Menteri ketujuh.

“Dr. Mahathir tidak perlu akan sumpah baharu sebagai Perdana Menteri. Beliau hanya perlu melantik barisan Kabinet yang baharu,” katanya sumber itu ketika dihubungi.

Sumber itu juga mengesahkan bahawa boleh dikatakan semua ahli parlimen yang menyokong Dr. Mahathir iaitu sebanyak 138 orang hadir pada perjumpaan malam tadi di Petaling Jaya.

BERITA BERKAITAN: Kesemua ahli parlimen hadir jamuan makan malam Azmin nyata sokongan kepada Tun M

BERITA BERKAITAN: Terserah kepada Yang di-Pertuan Agong

Semua ahli parlimen yang hadir pada majlis makan malam membabitkan parti kerajaan dan pembangkang menyatakan sokongan kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk membentuk kerajaan baharu.

Difahamkan Dr. Mahathir tidak hadir pada jamuan makan malam itu yang dihadiri oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Terdahulu para pemimpin berkenaan telah mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi memaklumkan kerajaan Pakatan Harapan tidak lagi mendapat sokongan majoriti wakil rakyat.

Sehubungan itu satu gabungan baharu sebagaimana diuar-uakan Pakatan Nasional dibentuk bagi membentuk kerajaan baharu.

BERITA BERKAITAN: Cubaan turunkan kerajaan PH satu pengkhianatan – Anwar Ibrahim

Dalam pada itu Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan turut mengadap Yang di-Pertuan Agong esok.

Anwar malam ini turut mengesahkan ada percubaan untuk menggoncang kerajaan Pakatan Harapan oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan puak dari PKR.

“Sekarang kita sedang menunggu maklumat lanjut tetapi ada cubaan untuk menurunkan kerajaan Pakatan yang melibatkan bekas sahabat kita Bersatu dan sebahagian kecil daripada PKR yang telah mengkhianati kita.

“Mereka telah bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong petang ini tetapi tidak ada lagi pengumuman,” kata Anwar ketika menjawab pertanyaan selepas menyampaikan khutbah semasa acara agama di kediamannya di Bukit Segambut malam ini.

“Persoalan mengenai kerajaan baru … Saya belum menerima maklumat lengkap,” katanya dalam khutbah yang disiarkan secara langsung di laman Facebook PKR.

(Visited 299 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button