Nasional

Pesakit Covid ditempatkan di ICU bertambah, 17 kluster baharu

JUMLAH pesakit Covid-19 yang ditempatkan ke unit rawatan rapi m(ICU) bertambah 314 orang berbanding 280 kes semalam.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah daripada jumlah itu 122 kes memerlukan bantuan alat penafasan berbanding 111 kes semalam.

Jelas beliau sebanyak tujuh kematian direkodkan hari ini selepas negara menyaksikan 11 kematian selama tiga hari berturut-turut.

Kesemua yang meninggal dunia hari ini membabitkan warganegara Malaysia. Kes kematian melibatkan tiga kes di Selangor, dua kes di Perak dan masing-masing satu kes di Sarawak dan Sabah.

Sementara itu jumlah kes baharu menyaksikan peningkatan ke 3,680 kes daripada 3,585 kes semalam.


Johor mengatasi Selangor mencatatkan kes baharu tertinggi iaitu 1,069 kes naik hampir sekali ganda berbanding 516 kes semalam.

Selangor ditempat kedua melaporkan kes baharu iaitu 822 kes, turun berbanding 1,295 kes semalam.

Kuala Lumpur ketiga terbanyak kes baharu iaitu 698 kes, naik berbanding 610 kes semalam.

Negeri yang mencatatkan peningkatan kes:

Putrajaya – 19 (semalam 15/kelmarin 22)
Perlis – 3 (semalam 2 / kelmarin 3)

Negeri yang mencatatkan penurunan kes:

Pulau Pinang – 101 (semalam 104 / kelmarin 110 )
Kedah – 76 (semalam 88 / kelmarin 74)
Kelantan – 60 (semalam 76 / kelmarin 89)
Terengganu – 68 (semalam 76 / kelmarin 79)
Pahang – 42 (semalam 104 / kelmarin 46)
Melaka – 63 (semalam 92 / kelmarin 90)
Sarawak – 70 (semalam 205 / kelmarin 120)
Labuan – 1 (semalam 1 / kelmarin 0)

Sementara itu jumlah kes aktif yang memerlukan rawatan meningkat kepada 42,389 kes hari ini berbanding 40,574 kes semalam dan 41,076 kes kelmarin.-SM

Dr. Noor Hisham berkata, terdapat 17 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini melibatkan 15 kluster berkaitan tempat kerja dan dua kluster komuniti.

Enam kluster baharu direkodkan di Johor, empat di Kuala Lumpur, tiga di Selangor, dua di Perak dan masing-masing satu di Sabah dan Sarawak.

Sebanyak 80 kluster mencatatkan pertambahan kes baharu dan yang tertinggi adalah Kluster Parit Lanjut (521 kes), Kluster Tapak Bina Persiaran Tecoma (157 kes) dan Kluster Industri Grisek (144 kes).

Tujuh kluster dilaporkan tamat iaitu Kluster Desa Idaman, Kluster Hala Mutiara, Kluster Slot Berjaya, Kluster Sungai Keluang, Kluster Dialisis, Kluster Tapak Bina Jalan Berangan, dan Kluster Tapak Bina Ikon Bintang.-SM

 

 

 

(Visited 56 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button