Nasional

Pertemuan Ismail Sabri & Dr. Mahathir Undang Rasa Gembira Keluarga Malaysia!

Sesi pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Tokyo, Jepun mengundang rasa gembira keluarga Malaysia.

Hal ini demikian kerana dua wakil Malaysia berpeluang untuk memberi ucaptama dalam Persidangan Nikkei ke-27 mengenai Masa Depan Asia di hadapan seluruh wakil pemimpin dunia.

Perdana Menteri dalam Facebooknya berkongsi beliau sempat bertemu dan bertanya khabar Dr. Mahathir pada Majlis Makan Malam Persidangan Nikkei ke-27.

“Saya telah menyampaikan ucaptama pada persidangan itu semalam dan Dr. Mahathir akan memberi ucaptama pada hari ini,” ujar Ismail Sabri dalam Facebook miliknya.

Persidangan Nikkei ke-27 dihoskan Nikkei Inc setiap tahun sejak 1995 dan persidangan itu menghimpunkan para pemimpin kerajaan serta tokoh-tokoh perniagaan bagi berkongsi visi untuk masa depan Asia.


(Visited 76 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button