Nasionalpilihan

Kadar kebolehjangkitan Covid-19 di Selangor, KL dan Labuan paling rendah

KUALA Lumpur, Selangor dan Labuan mencatatkan kadar kebolehjangkitan (R-naught) Covid-19 paling rendah di dalam negara.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, R-naught yang dicatatkan di Selangor dan KL ialah 1.02 manakala Putrajaya dan Labuan masing-masing di peringkat paling rendah iaitu 0.94 dan 0.68.

“Berdasarkan data terkini pada semalam, nilai R-naught Malaysia adalah sebanyak 1.05.

“Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Perlis (nilai RT 1.41) diikuti oleh Sabah,
Kelantan, dan Pulau Pinang (masing-masing nilai RT 1.18), serta Sarawak (nilai RT 1.15),” katanya.

Dalam pada itu, Malaysia mencatat 20,670 kes baharu Covid-19 pada hari ini, menurun sedikit berbanding 21,468 jangkitan, semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif penularan COVID-19 kini mencecah 1,384,353 kes.

Enam negeri dan Wilayah Persekutuan merekodkan empat digit kes baharu yang menyaksikan Selangor terus mendahului dengan 6,606 jangkitan, diikuti Kuala Lumpur (2,028), Kedah (2,028), Sabah (1,752), Johor (1,425), Kelantan (1,370) dan Perak (1,003). -SM

(Visited 169 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button